~Sambil Mencari Hadiah Untuk Yang Tersayang,Blogger Juga Boleh Tambah Pendapatan - Jom Join !

~Terbaru Dari Ummi~

Monday, August 15, 2011

Home » , , , , , , , , » Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-5

Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-5

Assalammualaikum semua,


APA KABAR IMAN DAN AMAL HARI NI?


Sekarang dah pun pukul 1130malam di Mesir,masih belum terlambat lagi....


5 tahun yang dulu, 12 Ogos 2006, saya selamat diijabkabulkan dengan insan yang saya cinta hanya selepas bernikah.

Alhamdulillah, hari ini, kami masih bersama,menyemai benih2 cinta dengan baja kasih sayang.

Banyak suka duka, pahit manis yang dilalui oleh saya dan abang sepanjang 5 tahun ini. kami juga seperti insan biasa.... ada kalanya kami selisih faham,namun tak panjang, abang biasanya pandai memujuk kembali.. hehe..



Kami belajar benda baru tentang diri masing2 setiap hari.. Marriage is a learning process.
Doa saya, semoga saya dan suami dipanjangkan umur, agar dapat bersama2 hingga ke hari tua, melihat anak2 membesar dan menimang cucu2 kami kelak..insya Allah


 Untuk suami yang amat dicintai,


Alhamdulillah syukur kepada Allah,kerana mengurniakan seorang suami yang sempurna di mata hatiku...Dialah peneman hidupku dan Abi kepada anak-anakku....

Semoga Allah menjadikan kita tergolong antara orang yang soleh dan solehah.dan semoga Allah memudahkan semua urusan kita sekeluarga di dunia dan di akhirat..

Amin..



Ya Allah , 
Tuhan yang menyatukan dua hati kami, 
Engkau campakkanlah ke dalam hati kami, perasaan kasih sayang antara satu sama lain,
sebagaimana Engkau satukan hati Nabi Muhammad saw bersama Saidatina Khadijah r.ha.

Syukur Ya Allah... Berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat.



7 jejak kasihmu kuhargai:

Princess Solehah said...

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-5 kak :) semoga bahagia selalu...

Zefa NorAsmara said...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 5 buat Ummi dan Abi Abdullah Syaakir dan Hajar.. semoga berbahagia selamanya.. amin.. :D

::Mama Annaufal♥Aunie:: said...

semoga kekal kasih kalian hingga ke syurga...

NzA said...

hepi anniversry...semoga bahagia selamanya..InsyaAllah.

Puan Kutu said...

eh samalah..sy pun dah 5tahun.tp sy awal sket la, bulan jun 2006,kekok plak nak bahasakan diri akk, sblom tu nak tnya dulu umo brapa?bkn apa takut tersilap.hehe..slm kenal yer..hepy 5th annivesary..:)

mamalieyna said...

Selamat hari ulangtahun perkahwinan yg ke-5 Aini..moga kebahgian sentiasa mengiringi..AMin..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

semoga kekal bahagia hingga ke syurga :)

~Lagi Yang Menarik~

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin