Assalamu'alaikum semua,
Beza Malaysia dengan Mesir,Mesir lewat 6Jam dari Msia.Makanya kalau Msia mula terawikh pukul9malam ni,Mesir baru nak pukul 3petang.Apa yang saya nak bebel ni...hehe.
Oh nak buat entri Salam Ramadhan..
Jadi,Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa buat kawan2 dan pembaca yang mula puasa esok,1 Ogos 2011-1 Ramadhan... malam ini dah mulalah berterawikh. Alhamdulillah,saya dan kita semua masih lagi Allah bagi peluang untuk berpuasa pada tahun ini. Cepat je kan masa? Rasa macam baru semalam
Saya juga nak ambik kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kalau sepanjang saya menulis di dalam blog ini pernah mengguris hati mana-mana pihak atau sesiapa yang masuk di dalam blog ini tanpa saya sedari. Memang saya takde langsung niat untuk menyakitkan hati atau buat kawan2 marah/sedih.... kita semua kan manusia biasa. Kadang-kadang leka dengan keseronokan menulis lagi2 kalau idea tengah masyuk sampai lupa nak jaga hati dan perasaan orang sekeliling.Kiranya 0-0 lah ni yea^-^
"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu."(HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi)
Moga kita bergembira dan seronok dalam lakukan tugasan sehari2 dalam bulan Ramadhan ni disamping meg'up'kan lagi amal ibadah kita yang sebelum ni boleh dikira dengan jari je-solat2 sunat apatah lagi nak bersedekah bagai dan cuba untuk buat perubahan atas sikap atau tabiat yang buruk yang mungkin ada pada kita.Dan jika ini Ramadhan yang paling last kita akan tempuh-MATI ITU PASTI,BILA MASANYA CUMA ALLAH SWT YANG MAHA MENGATAHUI-cubalah kita sama2 buat yang terbaik...sehabis mampu.
SELAMAT BERPUASA SEMUA!
P/s:Alhamdulillah...dapat juga saya sambut puasa tahun ni sebab saya dah sambut keMERDEKAan minggu lepas...


4 jejak kasihmu kuhargai:
selamat berpuasa untuk Ani sekeluarga
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat UAS sekeluarga.. :D
Selamat menyambut Ramadhan Almubarak buat Aini sekeluarga...
To Yatie,Kak Zefa,Kak Yong:
SElamat berpuasa untuk semua^-^
Post a Comment