As Salam buat semua,
Entri ni sambungan dari entri :
Bila first time merasa pegang cd...memang best sangat sebab lembut terutama bahagian innernya...memang sesuai untuk pakai kat punggung baby.Saya dan abang memang excited habis...rasa tak sabar2 nak guna kat anak2.
Masa CD sampai kat saya,rupanya dalam beg plastik macamni...nampak eksklusif gitu.
Nilah contoh corak2 yang saya beli di kakyong shoppe,velcro dan button...comel,kan?
Oh yea,saya juga ada beli busha legging yang comel amat dan free satu busha sebab beli CD...best,kan?Ada hadiah lagi...
Saya beli corak T dan V,dan hadiah free corak W
Kredit gambar kakyong shoppe
-Ini dipanggil CD pant/lampin,
Lampin ni jenis poket, lapisan dalam (putih) dibuat dr micro fleece.
Sangat lembut..kami suka sangat dan montot anak2 tak rasa basah pun, walaupun insert dah basah lencun.
-Lapisan luar (warna warni) di buat dari PUL (Polyurethane Laminate)..waterproof..tak tembus punya!
-Ini pulak insert.
Insert ni tiada gel di dalamnya,hanya lapisan2 sebanyak 2 atau 3 layer kain yang dipanggil Microfiber, yang bertugas untuk menyerap pee baby.Daya serapannya hampir sama dengan gel yang dalam Disposal Diaper (DD).
CD pant yang dah siap dibasuh
Alhamdulillah dekat 2bulan saya dah men'cd'kan anak.Mula2 pakai memang saya dan abang jadi kelam kabut.Tiap jam merasa basah atau tak seluar anak2 saya sebab macam Abdullah memang pee nya banyak.Hajar pulak,kejap2 nak londehkan seluar,macam tak selesa 'pampers'nya tak macam biasa.Ada pernah saya terlepas pandang,dalam diam2 Abdullah dah tak bercd dan mujrlah pee atau poo poo nya tak berciciran..huhu.
Oh yea,untuk soalan yang kakYong tanya,kat Mesir ni pasaran CD tak meluas lagi. dan tak ramai yang tau apa tu CD.Orang2 Arab kat sini banyak yang pakai lampin tradisional dan pampers saja.
(Maaf yea...kualiti gambar tak berapa bagus untuk kesihatan sebab saya guna kamera Hp murah saje -_-)
First guna kakyong kata inner kena 3,4kali pre wash dulu(tanpa sabun)untuk buang habuk2 dan dan sisa kilang dan nak bagi mantap bahagian serapan pee anak2 nanti.Memang masa basuh tu nampak air keruh sangat dan bau macam klorin.Yang bahagian luarnya tu cuma basuh sekali saja dan cepat betul kering.Oh yea...masa ni saya cuba jemur di dalam rumah guna kipas nak bagi cepat kering dan bahagian luar atau kain PUL memang cepat kering,tak payah jemur kat ampai luar.
Nampaknya untuk permulaan ni saya akan total cd kan Hajar sebab saiz cd dengan Abdullah tak sesuai,tang perutnya tu tak dapat nak pakaikan...membuncit....eem semangat betul anak ummi ni.
Hajar yang rajin nak ''tolong lipat'' CD
Lagi banyak penerangan yang saya tahu daripada kak yong sendiri dan entri2 yang kak yong buat di blognya.Terima kasih,kak..
Jom kawan2,kita men'cd'kan anak2.Insya Allah menjimatkan perbelanjaan bulanan kita,lagi2 sekarang ni banyak harga barang dah naik.
Harga berpatutan hanya di KakYong Shoppe...berbaloi2!

P/s:Entri akan datang saya akan tunjuk macamana saya mengerjakan CD yang dah kena pee dan poo anak2.
Jom Klik2 kat sini...nanti saya balas balik ^_^







4 jejak kasihmu kuhargai:
Happy blogoversary :)
lama tak singgah sini.dah berCD juga..bagus..selamatkan alam..
Salam ukhuwah juga dari sy.sy pun ada guna cd ni tapi x selalu guna sbb x byk bli lagi.bru 2 je..1 dr malaysia satu kt cni punya brand..awk bli kt m'sia ye?ada ym x? ni ym sy ummikhalish..boleh chat2.. :-).
wwahhh.. semua cd hajar lah yang punya... ;)
Tak dapek nak tolong Abdullah la.. sbb makcik takde jual CD yg saiz lebih besor dr yg ini..
tengok hajar pun boleh tahan semangatnya tu... selamat berCD hajar.. Insya Allah, tak lama lagi Hajar akan pandai poo-poo sendiri ke bilik air.. jd tak susahkan ummi cuci poopoo dlm CD... ;)
Post a Comment