Rindu dengan kawan2 semua....maafkan saya tak dapat berblog dan berblogwalking macam selalu...keadaan kesihatan saya dan PC serta line internet yang kadang2 tak mengizinkan... insya Allah kalau ada kesempatan tetap saya datang dan tinggalkan jejak kasih...cuma ada yang saya sempat jadi silent reader je...huhu
Sebelum tu...Tahniah buat pemain Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara lepas menang dalam Piala Suzuki dan bertuahnya jadi rakyat Malaysia sebab dapat cuti free hari Jumaat....Selamat bercuti semua.Ku rindukan tanahairku T_T
Sekarang ni saya dalam percubaan nak men'CD'kan anak2.Kenapa yea saya ambik keputusan tu?
Yea...sejak akhir2 ni abang bagitau saya yang kos pampers dah mahal...lagi pampers yang Abdullah pakai sekarang saiznya yang paling besar-xxl.Kat Mesir ni kalau makin besar saiznya makin mahal...rasanya kat Msia pun macamtu,kan?(pampers baca:diapers jenama lain)
Sebenarnya,memang sayalah tu kita dah terbiasa dengan pampers,padahal jenama yang dipakai tu mamaypoko atau pampers Tesco.
"Abang,pampers anak dah habis"
"Alamak,mahalnya harga pampers ni,dah naik RM0.10"-padahal rujuk pada brand Drypers...huhu
Sama juga dengan ubat gigi-dipanggil colgate,tapi guna Fresh n White.
"pakai colgate Mukmin lagi best"
Apa yang saya merepek ni...
Ok,jadi bila abang cerita tentang hal tu terus saya cadangkan nak buat potty trainning kat Abdullah.Tapi,disebabkan sekarang dah musim sejuk...agak tak sesuai nak buat.Jadi,dengan ilham yang Allah bagi...tiba2 saya teringatkan tentang CD yang saya dah maklum sejak tahun lepas.
Alhamdulillah,abang setuju walaupun dalam masa sama sambil kira tentang kos awal yang perlu dilaburkan.Sebabnya untuk beli sekali banyak memang mahal,tapi boleh guna banyak kali untuk jangka masa panjang...jimat dan sesuai untuk kami dalam uruskan budget bulanan.Cuma,kenalah berkorban sikit masa sebab dari awal guna sampai nak basuh semuanya perlukan masa,tak macam disposal diapers(DD)aka pampers.
Bila macamtu, automatiknya saya tiba2 teringat kakYong yang pernah buat beberapa entri tentang kisah pengurusan dan penggunaan CD untuk anak2nya diblognya.Dan kebetulan kak Yong sekarang dah ada blogshop sendiri lebih mendorong saya untuk nak membeli.Walaupun saya beli hanya untuk 10 CD saja tapi dah cukup dapat save separuh pampers untuk setengah bulan.
Oh yea..selain CD,kak Yong shoppe ada jual busha,romper ,wetbag untuk CD,dengan harga yang mampu milik...murah dan berbaloi2.Bukan tu je,kakyong shoppe pun ada jual sekali susu kambing Hi Goat dan offer servis buat blog header,watermark,signature ...suka..suka
Memang servis kak Yong berikan adalah yang terbaik...tak rugi saya jadi pelanggannya.Dah lah saya ni banyak tanya,kak Yong tetap melayan dengan ramahnya.
Insya Allah,kalau percubaan pertama ni berjaya...saya nak teruskan lagi ber cd dan terus membeli kat kakYong Shoppe.
P/s:~Akan datang review CD lepas dipakaikan untuk anak2 dalam tempoh sebluan ni.Alhamdulillah kami dah mula dapat berjimat sikit2.
P/s:~Akan datang review CD lepas dipakaikan untuk anak2 dalam tempoh sebluan ni.Alhamdulillah kami dah mula dapat berjimat sikit2.


















