Salam buat semua,
Kawan2 kenal tak Ustazah Dr Fatma Al Zahra?Ustazah ni famous kat TV3,kalau tak silapnya dalam Al Hidayah dan ada juga keluar kat Forum Perdana Hal ehwal Islam TV1 dan TV9.Masa saya sekolah dulu, Ustazah ni selalu datang sekolah bagi ceramah dengan caranya yang bunyi telor arab kuat tapi fasih cakap melayu dan bunyi2 juga loghat Kelate(suaminya tak silap orang Kelantan).
Berikut saya nak kongsikan apa yang Dr Fatma cadangkan...cara2 dan tips mudah nak melawan atau menjauhkn dari gangguan syaitan.
Berikut saya nak kongsikan apa yang Dr Fatma cadangkan...cara2 dan tips mudah nak melawan atau menjauhkn dari gangguan syaitan.
2. Amalkan zikrullah.. berzikir selalu..
3. Amalkan membaca 3 Qul (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) sebanyak 3x selepas subuh dan selepas maghrib(Kalau baca terus Al ma'thurat lagi bagus)
4. Ayat Qursi - Syaitan akan menangis bila kita membaca surah ini..
5. Surah Al-Baqarah
- surah ni panjang,sekurang2nya kalau tak dapat baca pun, pasangkn cd atau mp3 dr komputer di dalam rumah.InsyAllah dalam masa 3 hari syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah kita. Perkara yang teramat di sukai oleh syaitan adalah memecah belahkn pasangan suami isteri dengan kata lain menceraikan pasangan suami isteri.Oleh itu kita amalkan moga2 dapat di jauhkn dari gangguan syaitan..InsyaAllah..
- surah ni panjang,sekurang2nya kalau tak dapat baca pun, pasangkn cd atau mp3 dr komputer di dalam rumah.InsyAllah dalam masa 3 hari syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah kita. Perkara yang teramat di sukai oleh syaitan adalah memecah belahkn pasangan suami isteri dengan kata lain menceraikan pasangan suami isteri.Oleh itu kita amalkan moga2 dapat di jauhkn dari gangguan syaitan..InsyaAllah..
6. Amalkan membaca "Lailahaillahllah wahdahula syarikala lahulmulkuwalahul hamduyuhyiyayumitu wahuwa a'la qullisyai 'in qadir"
-amalkan selepas Subuh 100x, dalam 15 minit je.. ni ialah zikir yang paling syaitan takut.
-amalkan selepas Subuh 100x, dalam 15 minit je.. ni ialah zikir yang paling syaitan takut.
7. Sentiasa dlm wudhu'
8. Kawal mata - syitan masuk dr mata.. "dari mata jatuh ke hati"- dari mata la akan merasuk atau menggagu hati kita.. misalnya kita nampak sesuatu yang tak elok, kita akan prasangka macam2,fikir yang bukan2..
9.Perlu memilih kawan - kadang2 kawan2 kita adalah syaitan.. kawan2 adalah pengaruh yg kuat.
10. Solat - solat wajib tu dah tentu mesti.. amalkan tahajud dan qiyamulail.Bila kita bersolat, kita bercakap dengan Allah.. bila kita mengaji Al-Quran, Allah bercerita kepada kita.
11. Taubat - sentiasa bertaubat dengan hati yang ikhlas, Insyallah syitan tidak akan ganggu.
Syaitan boleh mengganggu hamba2 Nya tetapi bila seseorang hamba itu telah bertaubat dgn ikhlas.. maka InsyaAllah suci dia dari segala dosa2 yg lalu.
* Kenapa Surah Al-Fatihah berada di depan Al-Quran?
- sebabnya, di dalam Surah Al-Fatihah terdapat segala2 nya.. sebab tu dipanggil ummul kitab.Smua perkara di sentuh didalam surah ini.. cuna kita dalami setiap maksudnye.. Sebab itulah, jika kita solat tak baca Surah Al-Fatihah, solat kita tak sah. Maha Suci Allah yang menciptakan kita smua... terlalu seni dan Maha Besar Nikmat Allah pada kita...Subhanallah..
*Petua dari Beliau:
1)lepas solat Isya' ambil air satu gelas
2)baca Al-Fatihah sekali
3)baca ayat Kursi sekali
4) baca Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali
5)tiup dalam air dan niatkan untuk kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga.
* bila hati bercelaru dan tak tenang...tarik nafas dalam2..lepas tu zikir..Insyallah hati akan tenang.. ataupun baca apa2 surah dari Al-Quran dan tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan2.. InsyaAllah hati kita akan tenang.
9*Pesanan untuk isteri :
Jangan sibuk cari kesalahan suami. Fokuslah mencari kebaikan yang telah dibuat sebanyak-banyaknya.
Kata Saidina Ali r.a; "kalau orang sibuk membetulkan kesilapan diri, dia tidak ada masa mencari kesilapan orang lain....."



3 jejak kasihmu kuhargai:
bagusnya info..sgt2 bermanfaat
Insyaallah..kena amalkan ni..minta2 dijauhkan dr hasutan syaitan
terimakasih berkongsi.suka jugak dengar ceramah ustz. fatma dalam al hidayah tv3 dulu.
TQ 4 sharing.....akak pn suka dgn ustazah nie...rupanya pn iras mama akak...he
suami dia mmg org klate.
Post a Comment