Salam buat semua,
Masa saya belek2 gambar difolder pc,terjumpalah folder tentang benda ajaib dunia.Bila saya Google balik,rupa2nya senarai benda2 ajaib dunia ni boleh berubah ikut tahun sebab ada kumpulan penyelidik khas yang buat senarai ni.Dan pada tahun ni,Piramid di Mesir bukan lagi dalam senarai tu.Tapi sebenarnya,tak ada benda yang ajaib kat dunia ni sebab memang semua yang Allah SWT cipta tu memang unik dan ada kelebihan dan kecantikkan masing2.
1. Grand Canyon,Sungai Colorado Amerika Syarikt - Jurang tebing
2. Great Barrier Reef di Laut Koral, antara pantai Queensland di timur laut Australia -Terumbu karang
3. Mount Everest
4. Air Terjun Victoria,Zimbabwe
5. Northern Lights- Aurora borealis
Kejaiban cahaya warna-warni ini terbentuk akibat interaksi lapangan magnetik di Bumi dengan partikel matahari.
6.Volkano Paricutín,Mexico
Volkano Paricutín, adalah sebuah gunung berapi yang terdapat di negara bagian Michoacan, Mexico. Sebelum tahun 1943 gunung berapi ini tak ditemui namun bila ada aktiviti pengeluaran lava seperti gunung berapi yang membuatkan penduduk disitu curiga, gunung muda itu terus bertambah tinggi, dalam sehari menjadi 50 meter dan saat ini aktiviti pengeluaran lavanya sudahpun berhenti, dan ketinggian gunung mencapai 336 meter.
7. Pelabuhan Rio de Janeiro
Rio de Janeiro (bermakna “Sungai Januari” dalam bahasa Portugis) adalah ibu kota Negara Bahagian Rio de Janeiro di Brazil bahagian tenggara.Kota ini mempunyai luas sebesar 1.256 km² dan penduduk sekitar 6.150.000 juta orang(2004).Sekitar 10 juta orang tinggal di wilayah metropolitan Rio de Janeiro Raya, yang merupakan kota terbesar keempat di dunia.










5 jejak kasihmu kuhargai:
Subhanallah..memang cantik kan kak Ummu..tak tahula dapat pi ke tak..dapat tengok kat sini pon dah ok..
Sesungguhnya adalah kekuasaan Allah
To Haszuraidah Ishak:
Hehe,susah nak round dunia...cari En Google je.
To sop:
Subhanallah...betul tu bro
masyaallah...indah n uniknya....
Post a Comment