Tuesday, August 25, 2009
Buat kawan2 dan pembaca -_-
Saya nak maklumkan yang saya terpaksa pulang ke Msia esok kerana nak melawat abah yang sakit.3minggu lepas abah dimasukkan ke ICU kerana ada sakit jantung,paru2 berair dan limpa abah yang dah rosak teruk.Abah memang sakit jantung sejak beberapa tahun dulu dan sudah 2kali abah dibedah.Baru ni abah pitam,dan bila di bawak ke hospital,rupa2nya abah dah lama ada sakit paru2 dan limpa cuma sebelum ni tak dikesan lagi.Cuma sebab dah teruk baru dapat tau sakit abah yang sebenar2nya.
Sepatutnya abah perlu dibedah minggu lepas tapi sebab abah demam dah hampir 1minggu,jadi terpaksa ditangguhkan pada waktu yang lain.....saya sangat2 sedih dan sikit terkilan kerana baru dibagitau keadaan abah... Saya harap sangat dapat jumpa abah nanti.Kawan2 dan pembaca...tolong doakan semua urusan saya dan abang untuk balik Msia segera selesai.
~Ya Allah berikanlah kesihatan untuk abahku.. T_T ..berikanlah ku kesempatan untuk membalas jasa2nya T_T
~Ya Allah..dapat juga ku bertemu dengan buah hati yang ku rindu...Sesungguhnya PerancangnMU adalah sebaik2 perancangan..
Bisikan sang Isteri..
"mampukah aku jadi bidadari abang disyurga nanti"?
"Adakah aku ni isteri terbaik pada pandangannya"?
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
P/S:moga sama2 dapat manfaatnya yea.Opss lupa..kalau yang belum berkawin pun boleh sama2 hayati doa ni..eem bekalan masa depan ^_^
Monday, August 24, 2009
"Baru aku tahu..."
Perasaan ni membuai aku pada abah dan mak...yang melahir dan membesarkan ku......
"Dia bukan pergi berperang pun..hahaha"
"Nanti kalau cuti,dia baliklah.."
.....................
..........
........
....
..
.
...
..
.
Tak payah carik gamba..
tak perlu upload banner kat sidebar..
Cume reka cerita sahaja...
"Baru aku tahu..............................."
Sila sambung ayat yang terputus ini dengan cerita anda sendiri.
Cerita boleh jadi dalam versi gembira, sedih, seram dan kelakar.
Nak buat kelakar seram pun boleh, romantik komedipun boleh, apa saje ikut suke korangla..
Korang bole sertai lebey dari sekali tp mesti dengan lain2 versi (korang kene state ape versinya - mane tau aku ingat cerita kelakar, rupenye seram)
Jurinya aku sendiri.
Sebab dari aku sekolah rendah dulu aku sangat2 gemar buat karangan imaginasi.
Cerita akan dinilai mengikut kreativiti dan keunikan jalan ceritanya.
Jangan risau pasal ayat berterabur atau ade shortform.. aku bukan cikgu BM ok..
Aku akan pilih 4 cerita paling menarik tapi dari tema2 yang berbeza.
Kalau penyertaan menggalakkan, mungkin ade saguhati tuk tempat ke 5 hingga 10.
Syarat penyertaan :
1. Semua blogger dijemput tuk menyertai contest ni, bukan blogger, pemilik friendster pun boleh atau paling komanpun ada email lah. Sebab kalau blogger korang boleh buat entry, kalau friendster, tulis cerita dalam blog frenster korang.. atau paling tidakpun send saje emel.
Nak jadi followers ke tidak, terpulang coz aku tau.. jadi followerpn tp tak follow tak besh jugakkan..
2. Mesti jadi penulis komen sekurang2nya 8 .. di lain2 entry selepas entry contest ni.
3. Ada hadiah tambahan tuk perujuk paling ramai. (so bagi sape2 yg menyertai contest ni kene bitau jugak dari mane korang tau pasal contest ni)
4. Panjang cerita mesti lebih dari 100 patah perkataan, kalau nak lebih pun takpa.. tiada had.
Dah 4 tu jek syaratnya.
Macam biase.. lepas reka cerita... korang kene bitau linknya dlm kotak komen disini.. dan bagi yg emel tu boleh emel ke ummiyanty at gmail dot com tp kene bitau gak dalam kotak komen disini yer.
Boleh paham??? tak paham leh tanya... cam susah ke?? tak susahla kot.. bak kata Kakyong 100 patah perkataan tu bukan byk manepun.. hehehe
Erm contest ni bermula harini (17/07/09) hingga 28/08/09)Jam 12malam.
Hadiahnya???
Sila ke link ni kalau nak tahu, salah satunya bakal jadi milik kamu, kamu dan kamu... hehhehe
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yatie Chomeyl's Giveaway...Kisses of Love....
Jadi tanpa nak buangkan masa Yatie dan hubbynya,marilah kita sama2 tengok dulu syarat2 yang dah ditetapkan yea ^_^
Terms & Conditions :
This giveaway is only for the follower of blog Yatie Chomeyl
Link to blog Yatie Chomeyl in your entry and add my blog in your bloglist : http://yatiechomeyl.blogspot.com/ (no link back will be disqualified)
Upload the banner of this contest to your sidebar
Only ONE picture per entry
Leave the link to your entry here to inform me that you've join this contest
Winners will be selected by the sponsor a.k.a my hubby
I reserves the right to change the terms & conditions without prior notice
I have the right to replace the prize with the same value.
This giveaway is open to Malaysia residents only and runs from now until 3 p.m (GMT +8:00); August 24, 2009.
Grand prize : Kid's Yukata(japanese traditional costume for festival *leh pakai hari raya nanti*)
sebab tu contest ni tutup awal jadi sempat I gi beli baju tu sebelum I balik Malaysia)
2nd - 5th prize : 
YC2 : Aluminum Can Cooler & Kid's bento lunch box (blue colour)
YC 3 : Girdle Sauna Supporter & Kid's bento lunch box (pink colour)
YC 4: Men's bento lunch box (size: L) & sunflower glass cover
Baiklah ni gambar yang akan saya persembahkan buat tatapan juri contest.Tadaaa....
Baiklah kenapa saya pilih gambar ni,dan bukan gambar2 yang lain?(padahal tak de gambar lain dah,ekeke ^_~ )
Sunday, August 23, 2009
Salam Ramadhan 1430 ^_^
STICKY MODE ENTRY
Suatu nikmat yang dianugerahkan Allah SWT sebagai peluang kepada kita semua untuk bertaubat dan memperbaiki mutu iman & takwa.
Sudah banyak peluang yang Allah SWT berikan kepada kita...sebanyak itu juga kita terleka...moga kita dapat peluang untuk buat perubahan andai ini Ramadhan terakhir kitaT_T
Peluang ini juga saya memohon kemaafan daripada kawan2 blogger dan para pembaca tersayang..andai ada kata2 yang mengguris hati disepanjang perkenalan kita semua.
Juga kita mengharapkan agar dengan kehadiran Ramadhan tahun ini akan melenyapkan H1n1 di dunia ini dengan keberkatan doa dan ketaqwaan kita semua.
Amalan sunnah sepanjang Bulan Ramadhan ^_^
1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2) Mengtakhirkan bersahur di akhir malam .
(Kredit:En Google)
4) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa
Disunnahkan kepada seluruh umat Islam agar bertadarus (membaca dan mempelajari) al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan.
Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as.
4) Mengerjakan solat fardu secara berjemaah (bagi lelaki) dan solat sunat sunnah yang diajar nabi.
Antara solat sunat sunnah : solat sunat rawatib 12 rakaaat (qabliah dan ba'diah),solat sunat wudhuk, solat sunat dhuha
5) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
5) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa.
7) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.
Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.
8) Sunnah berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering)
dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
10) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta terutamanya bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.
Umat Islam sepatutnya menggunakan kesempatan di bulan Ramadan yang penuh berkat ini dengan menggandakan amal kebajikan seperti bersedekah. Rasulullah s.a.w yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan sentiasa memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain.
(Kredit:En Google)
11) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.
Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.
12) Memperbanyakkan bersiwak .
Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.
(Kredit:En Google)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PERKARA2 YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA PUASA :
1.Meninggalakan perkara2 mazmumah
2. Meninggalakan perbuatan yang lagha (sia-sia)
Justeru, disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa”
3. Meninggalkan perbuatan mencerca dan memerangi termasuk percakapan bohong.
Semoga melalui ucapan itu dapat mencegah pihak lain dari mencerca atau memeranginya. Berbohong boleh mencacatkan kesempurnaan puasa. Oleh itu, syariat melarang seseorang bercakap bohong ketika berpuasa dan Allah melarang keras perbuatan dengan ancaman tidak akan menerima ibadah puasanya. Rasulullah s.a.w bersabda:
Saturday, August 22, 2009
Macam puasa tapi....
Sekilas pandang amat sukar untuk kita menentukan sama ada seseorang itu berpuasa atau tidak kerana kedua-dua mempunyai beberapa persamaan.Mari kita lihat beberapa persamaan di antara orang berpuasa dengan orang yang tidak berpuasa...
1.Orang yang berpuasa bangun awal pagi untuk bersahur.Orang yang tak berpuasa juga bangun untuk bersahur tetapi mereka bersahur pada pukul 11 pagi... .
2.Orang yang berpuasa kelihatan letih kerana mereka menahan lapar dan dahaga.Orang yang tak berpuasa juga kelihatan letih kerana kekenyangan melantak nasi bungkus secara sembunyi-sembunyi.
3.Orang yang berpuasa menjaga matanya daripada melihat perkara-perkara maksiat.Orang yang tidak berpuasa juga menjaga matanya daripada melihat perkara maksiat tetapi mereka hanya menjaga sebelah matanya sahaja.Yang sebelah lagi bebas menikmati keindahan alam duniawi.
4.Orang yang berpuasa pergi kebazar ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.Orang yang tak berpuasa juga pergi ke bazar ramadan untuk membeli juadah berbuka,tetapi pukul 4 petang mereka sudah mula makan.
5.Orang yang berpuasa pergi sembahyang sunat terawih.Orang yang tak berpuasa juga pergi terawih tetapi dengan tujuan menunjukkan kealiman untuk memikat hati bakal bapa mertua..
6.Menjelang hari raya orang yang berpuasa mula membuat persiapan menyambut aidilfitri.Orang yang tak berpuasa pun ape kurangnya malah lebih hebat lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, August 21, 2009
Bila mula puasa...
Dalam pada tu teringat saya pada si abang.Saya tak sempat berpuasa dengannya sebab masa tu sudah dalam berpantang tapi rezeki padanya,saya dapat BF Abdullah penuh...rasa sangat2 bersyukur.Cuma kali ni,saya amat berharap adik dapat berikan kerjasama untuk sama2 berpuasa.Saya ada buat training tentang kedatangan Ramadhan pada adik,walaupun pada awal2 pagi adik dah mula 'meragam'..bila saya usap2 balik dan bagitau yang kami sedang puasa..adik terus berhenti menendang.Tapi,anak kecil ni masih belum faham apa2,tapi tahu setiap kali dipujuk,akan berhenti tendangannya tu..rasa indah sangat pengalaman masa tu..
Ok,selanjutnya kalian boleh klik kat sini ea.
1)Makan sahur, ambil makanan berat seperti nasi dan makan dengan kenyang.
2)Jika tertinggal sahur, lebih baik jangan berpuasa(ni khusus untuk yang mengandung dan yang BF baby..kalau mampu,yang lain tu rasanya tak sesuai..hehe)
3)Ambil multivitamin seperti asid folik tetapi jangan makan ketika bersahur kerana ia hanya akan menyebabkan rasa lapar beberapa jam selepas sahur, sebaliknya ambil selepas berbuka atau selepas waktu Isyak .


5)Jangan minum banyak teh dan kopi serta jangan makan makanan pedas ketika berbuka, selain makanan berangin seperti nangka.


~Buat kawan2 dan pembaca semua...Salam Ramadhan 1430 H
P/s:Ini ada sikit bacaan yang boleh dikongsikan.
Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@nstp.com.my
SECARA umumnya, hamil bukanlah penghalang untuk berpuasa, meskipun kandungan semakin membesar, lebih-lebih lagi jika anda sihat dan tidak berhadapan dengan komplikasi. Bagaimanapun, tidak dinafikan ada di kalangan wanita hamil terutama di awal kehamilan, berhadapan dengan alahan yang teruk hingga menyukarkan mereka berpuasa.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatimah Najla Mohd Jaafar, berkata secara lumrahnya wanita hamil mempunyai pola pemakanan bersifat ‘makan sikit tetapi kerap’. "Kebanyakan wanita hamil mempunyai masalah angin, perut kembung, reflux dan gastrik. Disebabkan masalah ini, kebanyakan wanita hamil tidak boleh berpuasa," katanya, Beliau berkata, bagaimanapun, kajian yang dilakukan di Afrika mendapati 90 peratus wanita hamil boleh berpuasa ketika Ramadan. "Apabila kehamilan sudah masuk minggu empat hingga enam, biasanya wanita terbabit jarang menghadapi masalah ketika berpuasa," katanya.
Dr Fatimah berkata, memang menjadi lumrah pada hari awal berpuasa, ibu hamil mudah berasa lapar tetapi selepas beberapa hari menjalani ibadah itu, keadaan mereka akan bertambah baik. Katanya, ibu hamil tidak perlu risau kerana berpuasa tidak akan menyebabkan janin dalam kandungan tidak mendapat nutrisi yang mencukupi kerana ia mendapat makanan daripada zat yang tersimpan di dalam lemak dan hati ibu. "Bagaimanapun, apabila usia kandungan mencecah ke tiga bulan terakhir, ada ibu hamil yang berhadapan dengan masalah dalam berpuasa termasuk terdedah kepada pelbagai komplikasi," katanya.
Antara komplikasi yang biasa katanya, rahim akan menekan dinding perut menyebabkan perut mengeluarkan lebih banyak asid sehingga menyebabkan ulu hati terasa pedih. Justeru, katanya mereka akan berasa tidak selesa dan lapar. Keadaan ini lazimnya membuatkan mereka tidak mampu untuk berpuasa. Selain itu, bagi wanita yang berhadapan dengan masalah kencing manis, mereka juga sukar untuk berpuasa. "Ada wanita yang mengalami kencing manis sebelum dia hamil. Ada yang diserang kencing manis setiap kali hamil. Apapun, mereka perlu memberitahu doktor masalah itu bagi membolehkan mereka diletakkan dalam pemerhatian dan insulin sejak awal kehamilan," katanya.
Bagi wanita yang menghidap kencing manis sebelum hamil, mereka memerlukan insulin sebanyak tiga kali setiap hari. Keadaan ini semakin bertambah teruk apabila kandungan masuk minggu ke 28 dan 32. Bagi wanita yang diserang kencing manis setiap kali hamil, mereka harus berhati-hati. Ini kerana kencing manis biasanya tidak di awal kehamilan, sebaliknya apabila kehamilan mencecah minggu 28 ke atas. "Biasanya kencing manis jenis ini akan 'pergi' selepas wanita melahirkan anak tetapi berisiko untuk diserang diabetes pada usia tua. Biasanya ia diwarisi secara genetik menerusi ibu atau ayah yang diabetik. "Ibu hamil yang diabetik, kalau tidak mengambil makanan mereka akan lesu, lapar dan tubuh menggigil. Justeru, sukar untuk mereka berpuasa," katanya.
Kredit dari sini: sumber
Wednesday, August 19, 2009
Hadiah untuk suami ^_^

Apa pula..suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh..peribadi
Sepanjang ulangtahun perkahwinan,kami tak lah buat majlis yang grand2.Yang kami mampu cuma sekadar makan2 saja dan tukar2 hadiah.Awal2 dulu(2007) kami balik bercuti dMsia dan kami menyambutnya berdua saja di restoran kat kawasan rumah saya diJohor(Abdullah tak de lagi..hehe)(Masa tu tak reti nak bergambar bagi...huhu tak de gambar tanda kenangan..huhu)
Tahun lepas(2008) saya dalam berpantang(lepas brsalinkan Abdullah dan kebetulan dalam bulan puasa)jadi kami hanya bagi ucapan dan hadiah.Dan untuk tahun ni,(tahun ke3 ni keadaan saya sekarang yang semakin sarat)tak larat dah nak berjalan sangat..jadi abang sekadar beli makanan di restoran Arab di tempat kami ni,kek pun ada tapi saya tak dapat buat pun..huhu(mujur abang memahami).Kali ni kami menjamu makanan dari Restoran Cribawe(makanan ala Western)dan sedikit kek.(Nanti saya upload gambar sebab En.Blog busy memanjang -_-)
Oh ye,bila bercakap tentang hadiah pulak,pastinya menjadi perkara yang pening kepala kepada si isteri atau kaum hawa apabila tibanya ulang tahun perkahwinan sebab tak tahu apa hadiah yang perlu diberi kepada si suami sempena ulang tahun perkahwinan.
Mesti hadiah yang romantik dan sesuai kepada si suami yang akan dicari. Disini saya sharekan list beberapa perkara yang mungkin boleh menjadi pilihan si isteri kepada si suami merujuk kepada apa yang dah saya lihat dari keluarga kami.(tapi kalau suami nak cuba pun apa salahnya..hehe) Antara hadiah ulangtahun untuk suami yang boleh difikirkan :
*Barang-barang yang selalu suami pakai:
-dompet,belt,kasut,stoking,topi,talileher,jam,wallet,perfume,cincin,
handphone,camera,handycam
-Kesimpulannya apa2 barang yang suami idamkan tapi tak mampu lagi nak beli..huhu
-Kalau ada duit bagi kereta sebijik pun boleh pasti suami bertambah sayang..hehe
*Barang yang selalu si suami pakai tapi jarang orang bagi:
-Underwear..^_^
*Hadiah yang bukan bentuk fizikal tapi boleh membuatkan suami ingat sampai bila-bila:
-Bawak suami pergi sama2 buat facial,spa dan sauna(perempuan pun jarang buat,lelaki lagilah..)
-Candle Light Dinner juga sesuatu yang boleh dilakukan tapi rasanya kalau buat candle light dinner dirumah sendiri dengan hidangan yang dimasak sendiri oleh isteri,rasanya si suami akan lagi menghargai dan bertamabah2 sayang ^_^
~Bila dapat suprise yang sangat istimewa dari isteri tersayang,biasanya suami akan cakap.....
“Abang tak kisah pasal hadiah ni semua asalkan Sayang cinta dan sayangkan abang sampai abang mati”
Sifat menghargai yang suami tunjukkan tu sebenarnya adalah apa yang lahir dari hati meraka yang tulus dan ikhlas..menyayangi dan menerima isteri tersayang seadanya...mengharapkan kasih sayang dan taat setia yang tak berbelah bagi dari isteri.
Walaumacamanpun,hakikatnya kalau dapat hadiah pastinya lelaki akan lagi suka dan gembira.
~Tapi alhamdulillah sepanjang 3tahun perkahwinan kami,walaupun hadiah yang saya berikan pada abang ada yang tak sampai RM20,tapi abang begitu sangat2 menghargai..sampaikan saya sangat2 terharu dibuatnya... ^_^

~Kata abang,Abdullah Syaakir dan bakal adiknya tulah hadiah paling bermakna dalam hidup abang..tak de tolok bandingannya...
Sunday, August 16, 2009
Perjalanan Benih Cinta - Part 2
Suka bersukan/menonton sukan:
~Abang lebih suka tengok sukan di tv,walaupun saya suka bersukan tapi saya tak suka tengok rancangan sukan
Kami memang tak memilih dalam makan/minum:
~suka pada kuih tradisional: Abang sangat suka kuih bakar,saya pulak sangat addict pada kolekacang.
~suka semua jenis air bersusu Abang suka semua jus lagi2 kalau jus letak susu,tapi saya lebih suka susu soya.Cuma yang sama,kami suka teh tarik/teh ais
~Suka pedas: Abang suka kalau pedas yang biasa2 je,tapi saya lebih suka pedas yang berdouble. Contoh:Kami sama2 suka nasi goreng kampung dan tomyam tapi saya akan buat atau order'nasi goreng kampung/tomyam pedas2 dan lebihkan cili api ye'
~Abang suka kalau masakan ikan,ayam,daging hatta sardin yang bergoreng tapi saya lebih suka yang berkuah,berlemak dan pedas
Kami tak suka pergi wayang tapi suka menonton tv:
~Abang suka cerita2 yg penuh aksi+penyiasatan dan dokumentari,tapi saya lebih gemar drama2 yang beremosi
Kami suka membaca:
~Abang suka baca buku-buku yang bagi saya sangat ilmiah dan punya kajian.Contohnya, buku-buku agama,fakta dan rujukan dari ahli ilmu.Saya pula lebih suka dengan bacaan santai tapi banyak info(lebih kepada bentuk majalah,buku motivasi).Tapi yang pasti,kami berdua tak suka baca novel...huhu dah mncuba tapi tak berjaya 'mengkhatamkan' novel yang kami baca.
Kami suka seni:
~kami memang suka melukis tapi lukisan abang walaupun nampak macam menconteng tapi lebih abstrak dan berseni dari lukisan saya(nampak menjadilah),saya lebih suka melukis kartun.
~Kami suka lagu tapi abang lebih suka lagu2 nasyid dan suka memainkan alat2 muzik kumpulan nasyid.Saya pula suka lagu yang rasa sesuai dan sedap didengar telinga saya tapi sampai sekarang saya masih tak pandai nak main recorder(benda panjang mcm seruling tu..hehe)
Kami suka berbincang/kerja secara bersama:
~Lagi kalau berbincang dalam bab2 ilmu.Walaupun macamtu kadang2 saya atau abang lebih suka bercakap sendiri(dengar mencatat sesuatu kat diari/buku)
~Abang memang jenis tak berkira dan tak kisah,tapi saya jenis yang agak cerewet dan suka yang complete.Hatta kalau nak tulis apa2,nak kena ada tarikh,hari,masa,tempat menulis dan nota kaki..huhu
~Bab membersih dan mengemas,pada abang kalau dah tak de sampah depan mata/barang terletak pada tempatnya dah ok,tapi saya lebih suka pastikan tak kan bersampah dan berhabuk.Kalau barang senget sikit,saya akan adjust bagi statik balik.
~Yang pentingnya,abang seorang penyabar,tak beremosi dan lembut bila mana saya sedang beremosi,tapi abang jarang bersikap macamtu dan boleh dibilang dengan jari.Saya?saya ada sikit berangin tapi angin saya sepoi2 bahasa...hehe^_^

Tapi,yang penting,antara kami ada satu persamaan yang boleh membuatkan kami mampu melayari ujian dalam rumah tangga ni dengan penuh gembira dan tenang iaitu 'kami saling menyayangi dan menyintai kerana Allah'
~Sebenarnya persamaan inilah yang membuatkan perbezaan itu menjadi suatu yang sangat manis dalam kehidupan kami sebagai suami isteri.
Saturday, August 15, 2009
Perjalanan Benih Cinta - Part 1

Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa
Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya
Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya
Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa
Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata
Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan
Ringkasnya, sepanjang 3tahun, tiada apa yang berlaku sehinggalah sampai bulan 15ogos 2005,kawan sebilik yang juga sama persatuan dengan abang datang menemui saya dan menyampaikan kabar yang abang mahukan no telefon saya,katanya ada hal penting yang nak disampaikan.Mau tak mau kawan saya tu terpaksa juga berikan no tel saya pada abang dengan sangkaan ada hal persatuan yang nak diberitahu.Saya tunggu selama 2hari,dan pada 17 ogos itulah saya dapat mesej dari abang yang ringkas tapi padat-untuk memiliki saya.
Perasaan saya ketika itu? Saya hampir saja nak pitam.Kaki terasa tidak berpijak kat bumi.Sejujurnya,saya ada perasaan menyukai abang juga(eem sama ke macam menyintai??huhu) dari sejak kakak angakt abang yang dulu pernah sebilik dgn saya sering bercerita tentang abang.
3hari saya berdiam diri tanpa membalas mesej abang.Tapi dalam 3hari tu abang tak telefon pn saya sehingga pada hari keempat barulah saya membalas mesej abang dan kami mula berhubung untuk berbincang dengan lebih serius.Abang kemudiannya menelefon abah saya dan 2minggu kemudian datang berjumpa keluarga saya diJohor untuk mengikat janji.Abang meminta agar abah saya tidak menerima pinangan sesiapa dalam masa beberapa bulan ni(sebab saya dah habis dulu dan abang masih berbaki beberapa subjek-abang ambik banyak subjek dalam 1sem supaya kami dapat konvo bersama)dan alhamdulillah abah bersetuju..
(Sebelum tu,mak ayah datang dari Kuala Lumpur ingin berjumpa dengan saya dirumah kakak ipar-yang kebetulan bekerja dan menetap berhampiran dengan tempat belajar kami.Berdebarnya hati jangan dikira..takut,risau,malu dan jadi macam coffee mix 3 in 1 hehe-Alhamdulillah selepas melihat dan berbincang sikit saya,mak dan ayah berkenan untuk menjadikan saya menantunya..hehe)
Bermula dari situ,abang berusaha memujuk mak dan ayah untuk berkahwin seawal mungkin sebelum kami ke Mesir.Cabarannya besar sebab abang masih belajar.Perbincangan demi perbincangan dilakukan. Rancangan demi rancangan diatur.Pujukan demi pujukan dilakukan. Alhamdulillah,akhirnya kami akan disatukan dengan merisik dari keluarga abang pada bulan Mac 2006,bertunang pada 26 Mei 2006 dan disatukan pada 12 Ogos 2006.Saya dan abang bersama2 sebagai suami isteri dalam majlis Konvo kami pada 25Ogos 2006 dan bertolak ke Mesir 2minggu selepas tu.Jadi tak sempat kami honeymoon(kata family kami,kiranya ke Mesir tu honeymoonlah tu..ekekek)
Apapun, kini telah 3tahun kami berumah tangga.Abdullah dah pun berumur setahun dan bakal adaiknya pun sudah makin membesar dalam kandungan ni.Sehingga kini,kami masih berdoa semoga Allah SWT menjaga dan memelihara rumah tangga kami dalam kasih sayangNya.Kami meyakini Allah SWT maha mengerti maksud hati kami melaksanakan pernikahan ini dari awalnya dan semoga tujuan itu terus kami ingati sehingga ke saat akhir hayat kami.
Dulu bujang, kemudian berdua, kini dah bertiga dan insya Allah bakal berempat.Dengan kehadiran anak kesayangan kami Abdullah Syaakir dan bakal adiknya insya Allah menambahkan lagi seri dalam mengharungi hidup sebagai suami isteri.
Abdullah buah pertama dari benih cinta kami. Kasih kami padanya tak pernah berbelah bagi. Yang pasti Abdullah adalah zuriat pertama kami berdua yang menjadi saksi cinta kami.Moga kasih sayang kami makin mekar dengan kehadiran adiknya pula...aminn
~Buat suamiku yang sangat aku cintai, aku ingin sekali menjadi bidadari syurga yang terindah buatmu~
p/s : Buat kawan2 n pembaca blogger,jangan terkejut ye..isteri kedua abang tu adalah aktiviti dakwahnya.Abang mula melamarnya sejak sebelum kami bersama menjadi suami isteri lagi..hehe)


















