~Followers..terima kasih daun keladi~

~Our Life~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~Khabar Abang~

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, August 25, 2009

Buat kawan2 dan pembaca -_-

Salam sayang buat kawan2 dan pembaca tersayang...

Saya nak maklumkan yang saya terpaksa pulang ke Msia esok kerana nak melawat abah yang sakit.3minggu lepas abah dimasukkan ke ICU kerana ada sakit jantung,paru2 berair dan limpa abah yang dah rosak teruk.Abah memang sakit jantung sejak beberapa tahun dulu dan sudah 2kali abah dibedah.Baru ni abah pitam,dan bila di bawak ke hospital,rupa2nya abah dah lama ada sakit paru2 dan limpa cuma sebelum ni tak dikesan lagi.Cuma sebab dah teruk baru dapat tau sakit abah yang sebenar2nya.

Sepatutnya abah perlu dibedah minggu lepas tapi sebab abah demam dah hampir 1minggu,jadi terpaksa ditangguhkan pada waktu yang lain.....saya sangat2 sedih dan sikit terkilan kerana baru dibagitau keadaan abah...
Saya harap sangat dapat jumpa abah nanti.Kawan2 dan pembaca...tolong doakan semua urusan saya dan abang untuk balik Msia segera selesai.

~Ya Allah berikanlah kesihatan untuk abahku.. T_T
..berikanlah ku kesempatan untuk membalas jasa2nya T_T


~Ya Allah..dapat juga ku bertemu dengan buah hati yang ku rindu...Sesungguhnya PerancangnMU adalah sebaik2 perancangan..

Monday, August 24, 2009

Bisikan sang Isteri..

Saya ada nak kongsikan dengan sahabat dan pembaca tersayang satu doa yang saya rasa sesuai untuk kita bacakan bukan saja ketika berdoa dalam solat sunat pada waktu malam pada bulan Ramadhan ni tapi pada tiap2 kali kita berdoa lepas selesai solat pun sesuai juga.Pertama kali saya membacanya dah ada getaran dalam diri...hati ni berbisik....



"mampukah aku jadi bidadari abang disyurga nanti"?



"Adakah aku ni isteri terbaik pada pandangannya"?





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim





Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat




Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas




Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal




Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan




Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista




Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu




Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan









Ya Allah




Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash




Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya




Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku

dititianMu



Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya




Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu




Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya




Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu




Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya




Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu




Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya









Tetapi Ya Allah




Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang




Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu




Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu




Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya




Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan




Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya




Sekiranya suami ku menyintai kesesatan





Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena








Ya Allah




Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku




Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku




Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan




Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai




Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri




Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu




Sekiranya aku engkar dan derhaka




Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu









Ya Allah sesungguhnya




Aku lemah tanpa petunjukMu




Aku buta tanpa bimbinganMu





Aku cacat tanpa hidayahMu




Aku hina tanpa RahmatMu









Ya Allah




Kuatkan hati dan semangatku





Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu




Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami





Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu




Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah




Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan




Kerana aku pasrah dengan dugaanMu




Kerana aku sedar hinanya aku




Kerana aku insan lemah yg kerap keliru




Kerana aku leka dengan keindahan duniamu




Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu




Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu









Ya Allah Ya Tuhanku...




Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati




Isteri yang dikasihi




Isteri yang solehah




Isteri yang sentiasa dihati








Amin, amin Ya Rabbal Allamin..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



P/S:moga sama2 dapat manfaatnya yea.Opss lupa..kalau yang belum berkawin pun boleh sama2 hayati doa ni..eem bekalan masa depan ^_^

"Baru aku tahu..."

Baru aku tahu............


begini rasanya bila berpisah dengan seorang yang bernama anak.Sedih dan peritnya menanggung rindu tak dapat nak digambarkan...lebih2 lagi pada anak yang belum mengerti apa2 dan mahukan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya dari insan yang bergelar ibu bapa.Saat ni,tika ni..aku dan suami sedang cuba sedaya upaya melawan rasa rindu yang tak terperi pada anak tersayang,Abdullah Syaakir.Aku dan abang redha untuk tak membawa anakku,Abdullah Syaakir bersama2 kami ke sini.


Dalam awal bulan pertama dan kedua kelahirannya,dia kerap batuk2(aku lupa istilah perubatan yang Doktor bagitau).Jadi Doktor mengesyorkan kami untuk tak membawa bersama2 kerana mungkin proses untuk baik akan makan masa dan dia masih lagi bayi lebih2 lagi ketika tu Mesir sedang musim sejuk.Tapi,walau bagaimana gagahpun kami menahannya,naluri hati seorang ibu dan bapa tak akan dapat terpisah dari jasad dan itu adalah fitrah.



Perasaan ni membuai aku pada abah dan mak...yang melahir dan membesarkan ku......



Seawal aku mula masuk ke alam remaja,aku dah mula berpisah dengan keluarga.Dan kiranya sepanjang aku begelar remaja,aku banyak lebih banyak berhubung secara langsung dengan kawan2 dari keluarga ku.Antara adik beradik yang lain,hanya aku yang bersekolah dan berjauhan dengan keluarga.Aku terpaksa juga biasakan diri untuk hadapi semua tu,kalau tak bagaimana mungkin aku akan hidup sendirian di tempat orang dan jauh dari keluarga dan saudara mara?


Dulu masa aku sekolah,aku duduk asrama di kelantan dan keluarga ku pula di Selangor.Sebenarnya keluarga aku selalu berpindah kalau abah dinaikkan pangkat.Masa aku dimasukkan asrama sekolah,abah dah dapat tawaran kenaikan pangkat dan perlu berpindah.Mau atau tak aku terpaksa juga teruskan bersekolah sementara keluarga aku berpindah. Aku hanya balik untuk cuti sekolah saja.Jadi aku kurang banyak masa untuk nak bersama dengan keluarga.Setiap kali nak abis cuti dan tiba masa nak balik,menagis hiba nak tinggalkan abah dan mak dan adik beradik yang lain...tapi bila sampai dihostel dalam beberapa jam dah berjumpa dengan kawan2..sedih aku tu terus hilang.Tapi....mak dan abah ku masih teringat2 anaknya beberapa hari.


Kata mak:"Kakak,jaga diri baik2 ye nak...jangan tinggal solat dan kalau sakit jangan lupa makan ubat.Ada masa nanti kami telefon dan kalau dapt keluar outing sesekali telefonlah abah n mak "


Kata ku:"Abah dan mak jangalah sedih2..kita kan ramai kawan2 kat sini yang boleh jaga.Warden pun ada boleh tengok2kan kita"


Sama jugak halnya masa aku di IPT,aku masih berjauhan lagi dengan abah dan mak(yang masa tu masih menetap di Kuching Sarawak selama 3tahun)dan aku belajar di Negeri Sembilan.Aku hanya balik 2kali dalam setahun(tiap cuti semester) dan cutinya tak sampai 2bulan.Memang begitu,tiap kali tiba masa akan balik,hati ini memang sedih bukan kepalang..berpisah lagi dengan abah dan mak.Bila beberapa hari lepas berjumpa dengan kawan2,ditambah lagi dengan jadual belajar di kolej yang padat...sedih dan rindu tu melayang pergi sendiri...tapi abah dan mak..setiap hari rindukan aku dan hanya hanya mendoakan aku dari jauh,terfikir2 apa yang aku buat waktu ni,dah makan ke belum..sihat ke tak.Begitulah mereka setiap hari.




Kini bila aku ke Mesir untuk sambung belajar bersama suami..walaupun aku sudah punya teman hidup tapi pertama kali hantar aku ke airport...kesedihan mereka sama seperti masa aku masih belajar di sekolah dan IPT dulu.Waktu tu mata abah hanya bergenang air mata tapi mak menangis hiba.Kesedihan dan kerinduan berjauhan tak pernah luput dari dalam hidup abah dan mak setiap kali kami berpisah jauh.Menurut cerita mak,pada awal aku sampai di sini..tiap2 hari dalam masa 2minggu mak selalu ternampak abah akan masuk ke bilikku dan duduk dihujung katil pengantin ku sambil memandang sayu almari baju dan meja solek yang tertera frame gambar perkahwinanaku.Ada juga mak nampak,abah usap2 gambar2 dalam album kawin ku lalu bergenang airmata abah.Barulah mak tau betapa sayangnya abah pada aku,tapi abah tak tunjukkan rasa rindu tu dihadapan mak,malah abah selalu akan cakap begini bila mak meluahkan rasa rindu dengan ku pada abah:



"Alaa..dia bukan pegi sorang,kan dia pergi berdua..pandailah suami dia jaga"



"Dia bukan pergi berperang pun..hahaha"



"Nanti kalau cuti,dia baliklah.."






.....................







..........






........






....



..




.




Tapi sekarang aku dah merasakan perasaan itu...perasaan yang sama macam mak dan abah rasakan..aku dan abang berpisah jauh dari anak kami.Dan kami bertiga pula terpisah jauh dari 2benua..merentas 2 lautan.Sungguh..memang tak dapat ku nak gambarkan perasaan rindu tu.Sebenarnya kesedihan dan kerinduan abang lebih meruntun jiwaku dari apa yang ku rasakan.Abang lelaki..ya lelaki sangat terkenal dengan ego mereka yang tinggi..tapi hanya kerana seorang yang bernama anak,ego abang menjurai jatuh bersama2 dengan air matanya.



Pernah terjadi,aku mengintai abang dicelah pintu bilik kami,ketika aku ingin tidur,aku terdengar abang perlahan2 memasang video rakaman anak kami di ruang tamu dan sayup2 aku mendengar abang berkata2 sendiri:




"Abdullah..Abi rindu sangatlah dengan dia ni...eem bila abi boleh peluk dia ni"




Dan ada terjadi,secara tak sengaja aku ternampak abang cium banyak kali gambar2 dalam album kami.Oh,aku juga rindukan anakku tapi rinduku masih boleh ditahan,tapi abang......

Oh hati isteri mana yang dapat menahan sebak bila lihat suami begini?Barulah aku tau,bagaimana tabahnya abang menahan tangisan bila berhadapan denganku untuk tak mahu lihat aku selalu menangis dan patah semangat tapi hakikat sebenarnya abang sedaya upaya menahannya.Ya Allah...betapa kuatnya ikatan hati ini,ikatan seorang ayah dek kerana tak dapat menahan rindu.Ku tahu rindu itu adalah anugerahMU tapi kami sebenarnya amat lemah untuk melawannya.



Semoga Allah SWT dengan segala milikNya menciptakan satu ikatan yang sangat kuat antara Abdullah dan kami walaupun terpaksa berpisah jauh dalam umur yang sangat kecil. Ya Allah kurniakanlah kami ksih sayang,kebahagiaan dan ketenangan yang berpanjangan...





............. ........ .....




...




..




.


P/s:Sebenarnya entri ni 2 dalam 1... tentang monolg hati seorang ibu dan satu lagi sebab daku sertai contest (yang keempat) yang dianjurkan oleh Kak Yan.Nak tau lebih lanjut,ni syarat2nya ye^_^




Contest Jom Sambung Cerita.

Tak payah carik gamba..
tak perlu upload banner kat sidebar..
Cume reka cerita sahaja...

"Baru aku tahu..............................."


Sila sambung ayat yang terputus ini dengan cerita anda sendiri.
Cerita boleh jadi dalam versi gembira, sedih, seram dan kelakar.
Nak buat kelakar seram pun boleh, romantik komedipun boleh, apa saje ikut suke korangla..
Korang bole sertai lebey dari sekali tp mesti dengan lain2 versi (korang kene state ape versinya - mane tau aku ingat cerita kelakar, rupenye seram)


Jurinya aku sendiri.
Sebab dari aku sekolah rendah dulu aku sangat2 gemar buat karangan imaginasi.
Cerita akan dinilai mengikut kreativiti dan keunikan jalan ceritanya.
Jangan risau pasal ayat berterabur atau ade shortform.. aku bukan cikgu BM ok..


Aku akan pilih 4 cerita paling menarik tapi dari tema2 yang berbeza.
Kalau penyertaan menggalakkan, mungkin ade saguhati tuk tempat ke 5 hingga 10.



Syarat penyertaan :
1. Semua blogger dijemput tuk menyertai contest ni, bukan blogger, pemilik friendster pun boleh atau paling komanpun ada email lah. Sebab kalau blogger korang boleh buat entry, kalau friendster, tulis cerita dalam blog frenster korang.. atau paling tidakpun send saje emel.


Nak jadi followers ke tidak, terpulang coz aku tau.. jadi followerpn tp tak follow tak besh jugakkan..


2. Mesti jadi penulis komen sekurang2nya 8 .. di lain2 entry selepas entry contest ni.


3. Ada hadiah tambahan tuk perujuk paling ramai. (so bagi sape2 yg menyertai contest ni kene bitau jugak dari mane korang tau pasal contest ni)


4. Panjang cerita mesti lebih dari 100 patah perkataan, kalau nak lebih pun takpa.. tiada had.


Dah 4 tu jek syaratnya.


Macam biase.. lepas reka cerita... korang kene bitau linknya dlm kotak komen disini.. dan bagi yg emel tu boleh emel ke ummiyanty at gmail dot com tp kene bitau gak dalam kotak komen disini yer.


Boleh paham??? tak paham leh tanya... cam susah ke?? tak susahla kot.. bak kata Kakyong 100 patah perkataan tu bukan byk manepun.. hehehe


Erm contest ni bermula harini (17/07/09) hingga 28/08/09)Jam 12malam.


Hadiahnya???
Sila ke link ni kalau nak tahu, salah satunya bakal jadi milik kamu, kamu dan kamu... hehhehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sunday, August 23, 2009

Yatie Chomeyl's Giveaway...Kisses of Love....

Salam sayang pembaca semua,hari ni saya cuba secara marathon untuk sertai contest ke 5 sejak menjadi blogger ni(sebab esok dah tarikh tamatnya..huhu).Ni contest nun jauh dari negara matahari terbit,yatie aka yatiechomeyl,dan baru je beberapa bulan melahirkan mommy Baby SN yang chomeyl bam bam.Terasa nak memeriahkan contestnya yang julung2 kali diadakan sempena dia akan pulang bercuti ditanah air tercinta,Malaysia..jadi dia membesarkan hati nak berikan hadiah yang disponsor oleh suaminya dan akan diterbangkan khas bersama2nya nanti dari Jepun ^_^ (panjangnya mukaddimah ekeke -_-)



Jadi tanpa nak buangkan masa Yatie dan hubbynya,marilah kita sama2 tengok dulu syarat2 yang dah ditetapkan yea ^_^



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Terms & Conditions :

This giveaway is only for the follower of blog Yatie Chomeyl

Link to blog Yatie Chomeyl in your entry and add my blog in your bloglist : http://yatiechomeyl.blogspot.com/ (no link back will be disqualified)

Upload the banner of this contest to your sidebar


Only ONE picture per entry

Leave the link to your entry here to inform me that you've join this contest

Winners will be selected by the sponsor a.k.a my hubby

I reserves the right to change the terms & conditions without prior notice

I have the right to replace the prize with the same value.

This giveaway is open to Malaysia residents only and runs from now until 3 p.m (GMT +8:00); August 24, 2009.




:inlove: Grand prize : Kid's Yukata
(japanese traditional costume for festival *leh pakai hari raya nanti*)




(saiz & warna di pilih eksklusif oleh pemenang, :ayuk: sebab tu contest ni tutup awal jadi sempat I gi beli baju tu sebelum I balik Malaysia)


:inlove: 2nd - 5th prize :

http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/yatiechomeylsgiveaway-2.jpg



YC1 : Men's bento lunch box (size: M) & sunflower glass cover
YC2 :
Aluminum Can Cooler & Kid's bento lunch box (blue colour)
YC 3 :
Girdle Sauna Supporter & Kid's bento lunch box (pink colour)
YC 4
:
Men's bento lunch box (size: L) & sunflower glass cover




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Baiklah ni gambar yang akan saya persembahkan buat tatapan juri contest.Tadaaa....


(Muka anakku sayang Abdullah Syaakir yang berkerut bila saya menciumnya..huhu)


Baiklah kenapa saya pilih gambar ni,dan bukan gambar2 yang lain?(padahal tak de gambar lain dah,ekeke ^_~ )

~Kerana gambar yang diambil tu ketika buah hati tercinta ku yang jauh dimata tu baru berusia 11hari(sangat2 fresh)dan saya masih dalam berpantang.Baru bergelar ibu masa tu buatkan hidup saya betul2 bermakna.Jadi kebetulan abang ada kamera masa tu jadi terus ambil gambarnya.Yang menarik tu,dia tak memandang ke tempat lain malah muka dan matanya tetap ke arah kamera dengan dahi yang berkerut seribu.Walaupun masih kecil tapi dah tunjukkan ciri2 suka bergambar.Dan memang benar,sehingga sekarang anakku ini memang suka dan tau untuk menggayakan reaksi muka setiap kali kalau gambarnya diambil.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



P/S: Ok Yatie,dah selesai semuanya.Harap lepas semua syarat2 yang dah ditetapkan oleh juri yea.Emm rasa seronok dapat men'join'kan diri dan sama2 nak memeriahkan contest yang yatie buat ni.


Buat kawan2 blogger lain yang belum join,marilah sama2 memarathonkan diri sebab esok hari terakhir.

Salam Ramadhan 1430 ^_^






STICKY MODE ENTRY


Salam sayang buat semua kawan2 blogger dan pembaca yang budiman ^_^


Sedar tak sedar Ramadhan 1430H dapat kita jumpa lagi tahun ini..Alhamdulillah..

Suatu nikmat yang dianugerahkan Allah SWT sebagai peluang kepada kita semua untuk bertaubat dan memperbaiki mutu iman & takwa.


Sudah banyak peluang yang Allah SWT berikan kepada kita...sebanyak itu juga kita terleka...moga kita dapat peluang untuk buat perubahan andai ini Ramadhan terakhir kitaT_T


Peluang ini juga saya memohon kemaafan daripada kawan2 blogger dan para pembaca tersayang..andai ada kata2 yang mengguris hati disepanjang perkenalan kita semua.


Juga kita mengharapkan agar dengan kehadiran Ramadhan tahun ini akan melenyapkan H1n1 di dunia ini dengan keberkatan doa dan ketaqwaan kita semua.



Amalan sunnah sepanjang Bulan Ramadhan ^_^


1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

(Kredit:En Google)


2) Mengtakhirkan bersahur di akhir malam .

Waktu yang terbaik untuk makan sahur : adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.


Peringatan !! : Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW


(Kredit:En Google)


3) Mendirikan solat sunat Tahajjud.witir dan beristhgfar dan lain2 amalan sebelum menunaikan solat Subuh berjemaah (bagi lelaki)


(Kredit:En Google)


4) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa

Disunnahkan kepada seluruh umat Islam agar bertadarus (membaca dan mempelajari) al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan.


Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as.

(Kredit:En Google)



4) Mengerjakan solat fardu secara berjemaah (bagi lelaki) dan solat sunat sunnah yang diajar nabi.

Antara solat sunat sunnah : solat sunat rawatib 12 rakaaat (qabliah dan ba'diah),solat sunat wudhuk, solat sunat dhuha


(Kredit:En Google)



5) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa.

5) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa.

7) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.





8) Sunnah berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering)
dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.


(Kredit:En Google)


10) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta terutamanya bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.

Umat Islam sepatutnya menggunakan kesempatan di bulan Ramadan yang penuh berkat ini dengan menggandakan amal kebajikan seperti bersedekah. Rasulullah s.a.w yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan sentiasa memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain.


(Kredit:En Google)


11) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.


(Kredit:En Google)


12) Memperbanyakkan bersiwak .

Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

(Kredit:En Google)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PERKARA2 YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA PUASA :


1.Meninggalakan perkara2 mazmumah

Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman. Tetapi, untuk memperolehi kesempurnaan di dalam berpuasa seseorang seharusnya juga meninggalkan perkataan-perkataan yang keji serta perbuatan-perbuatan orang jahil.





2. Meninggalakan perbuatan yang lagha (sia-sia)

Justeru, disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa”



3. Meninggalkan perbuatan mencerca dan memerangi termasuk percakapan bohong.

Semoga melalui ucapan itu dapat mencegah pihak lain dari mencerca atau memeranginya. Berbohong boleh mencacatkan kesempurnaan puasa. Oleh itu, syariat melarang seseorang bercakap bohong ketika berpuasa dan Allah melarang keras perbuatan dengan ancaman tidak akan menerima ibadah puasanya. Rasulullah s.a.w bersabda:

Sumber lengkap: Disini

Saturday, August 22, 2009

Macam puasa tapi....






PUASA...TAPI TAK PUASA


Sekilas pandang amat sukar untuk kita menentukan sama ada seseorang itu berpuasa atau tidak kerana kedua-dua mempunyai beberapa persamaan.Mari kita lihat beberapa persamaan di antara orang berpuasa dengan orang yang tidak berpuasa...




1.Orang yang berpuasa bangun awal pagi untuk bersahur.Orang yang tak berpuasa juga bangun untuk bersahur tetapi mereka bersahur pada pukul 11 pagi... .




2.Orang yang berpuasa kelihatan letih kerana mereka menahan lapar dan dahaga.Orang yang tak berpuasa juga kelihatan letih kerana kekenyangan melantak nasi bungkus secara sembunyi-sembunyi.




3.Orang yang berpuasa menjaga matanya daripada melihat perkara-perkara maksiat.Orang yang tidak berpuasa juga menjaga matanya daripada melihat perkara maksiat tetapi mereka hanya menjaga sebelah matanya sahaja.Yang sebelah lagi bebas menikmati keindahan alam duniawi.



4.Orang yang berpuasa pergi kebazar ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.Orang yang tak berpuasa juga pergi ke bazar ramadan untuk membeli juadah berbuka,tetapi pukul 4 petang mereka sudah mula makan.




5.Orang yang berpuasa pergi sembahyang sunat terawih.Orang yang tak berpuasa juga pergi terawih tetapi dengan tujuan menunjukkan kealiman untuk memikat hati bakal bapa mertua..




6.Menjelang hari raya orang yang berpuasa mula membuat persiapan menyambut aidilfitri.Orang yang tak berpuasa pun ape kurangnya malah lebih hebat lagi.





7.Orang yang berpuasa berasa gembira menyambut Aidilfitri kerana berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.Orang yang tak berpuasa terlebih-lebih gembira dengan kedatangan Aidilfitri kerana boleh melaksanakan aktiviti makan secara terbuka... ..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



P/s:Moga kita tak jadi macam golongan yang kedua itu..





Kredit:Disini







Thursday, August 20, 2009

Bila mula puasa...

Salam sayang buat kawan2 blogger dan pembaca tersayang..


Tinggal lagi 1hari bulan Ramadhan bakal datang lagi.Macamana persiapan kawan2 blogger dan pembaca nak menanti kunjungan 'buah hati tercinta ni'?Alhamdulillah saya dah lalui pengalaman menqadhakan 30 hari aka 1bulan puasa(ganti puasa) yang dah saya dah tinggalkan masa berpantang lepas bersalinkan Abdullah dulu di bumi Mesir ni.Huhu..dengan musim panas kering yang dah hampir 38 darjah celcius ni ditambah pulak dengan keadaan saya yang sedang mengandung memang2 betul2 menguji iman dan ketahanan fizikal,spiritual..ewaah ^_^



Alhamdulillah Ramadhan kali ini Allah berikan lagi kesempatan dan nikmat yang buat saya kerana akan berpuasa dengan adik.Walaupun saya tak tahu bagaimana kondisi saya dalm keadaan seharian berpuasa,moga saya tetap dapat nak berpuasa penuh nnt(masa tinggal tu tak terasa tapi masa nak ganti tu nanti..huhu)



Dalam pada tu teringat saya pada si abang.Saya tak sempat berpuasa dengannya sebab masa tu sudah dalam berpantang tapi rezeki padanya,saya dapat BF Abdullah penuh...rasa sangat2 bersyukur.Cuma kali ni,saya amat berharap adik dapat berikan kerjasama untuk sama2 berpuasa.Saya ada buat training tentang kedatangan Ramadhan pada adik,walaupun pada awal2 pagi adik dah mula 'meragam'..bila saya usap2 balik dan bagitau yang kami sedang puasa..adik terus berhenti menendang.Tapi,anak kecil ni masih belum faham apa2,tapi tahu setiap kali dipujuk,akan berhenti tendangannya tu..rasa indah sangat pengalaman masa tu..





Jadi saya nak kongsikan kat sini sikit info macamana ibu yang mengandung ni berpuasa.Sebenarnya tak ada masalah kalau nak puasa,cuma kalau ada kandungan yang bermasalah tu yang kena banyak dipantau,contohnya diabetes,tekanan darah tinggi,sakit jantung.Rasanya info ni juga boleh diguna pakai dan sesuai untuk semua tak kira kanak2,remaja,orang dewasa,yang menyusukan baby pun boleh.



Ok,selanjutnya kalian boleh klik kat sini ea.




1)Makan sahur, ambil makanan berat seperti nasi dan makan dengan kenyang.




ni bukan ku yang masak
(Kredit :En Google)





2)Jika tertinggal sahur, lebih baik jangan berpuasa(ni khusus untuk yang mengandung dan yang BF baby..kalau mampu,yang lain tu rasanya tak sesuai..hehe)



(Kredit :En Google)





3)Ambil multivitamin seperti asid folik tetapi jangan makan ketika bersahur kerana ia hanya akan menyebabkan rasa lapar beberapa jam selepas sahur, sebaliknya ambil selepas berbuka atau selepas waktu Isyak .





(Kredit :En Google)




4)Lebihkan pengambilan kalsium sama ada dalam bentuk tablet atau susu.




(Kredit :En Google)




5)Jangan minum banyak teh dan kopi serta jangan makan makanan pedas ketika berbuka, selain makanan berangin seperti nangka.




(Kredit :En Google)





6)Lebihkan pengambilan makanan yang banyak serat




(Kredit :En Google)




7)Jangan terlalu banyak makan ais krim dan coklat sebaliknya gantikan dengan kurma,kismis,badam



(Kredit :En Google)



~Saya mohon pada Allah moga diberi izinNYA kesihatan dan kekuatan buat saya untuk kuat menahan dugaan dan ujian dalam bulan puasa kali ni,Insya Allah ^_^


~Buat kawan2 dan pembaca semua...Salam Ramadhan 1430 H

P/s:Ini ada sikit bacaan yang boleh dikongsikan.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@nstp.com.my


SECARA umumnya, hamil bukanlah penghalang untuk berpuasa, meskipun kandungan semakin membesar, lebih-lebih lagi jika anda sihat dan tidak berhadapan dengan komplikasi.
Bagaimanapun, tidak dinafikan ada di kalangan wanita hamil terutama di awal kehamilan, berhadapan dengan alahan yang teruk hingga menyukarkan mereka berpuasa.






Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatimah Najla Mohd Jaafar, berkata secara lumrahnya wanita hamil mempunyai pola pemakanan bersifat ‘makan sikit tetapi kerap’. "Kebanyakan wanita hamil mempunyai masalah angin, perut kembung, reflux dan gastrik. Disebabkan masalah ini, kebanyakan wanita hamil tidak boleh berpuasa," katanya, Beliau berkata, bagaimanapun, kajian yang dilakukan di Afrika mendapati 90 peratus wanita hamil boleh berpuasa ketika Ramadan. "Apabila kehamilan sudah masuk minggu empat hingga enam, biasanya wanita terbabit jarang menghadapi masalah ketika berpuasa," katanya.






Dr Fatimah berkata, memang menjadi lumrah pada hari awal berpuasa, ibu hamil mudah berasa lapar tetapi selepas beberapa hari menjalani ibadah itu, keadaan mereka akan bertambah baik. Katanya, ibu hamil tidak perlu risau kerana berpuasa tidak akan menyebabkan janin dalam kandungan tidak mendapat nutrisi yang mencukupi kerana ia mendapat makanan daripada zat yang tersimpan di dalam lemak dan hati ibu. "Bagaimanapun, apabila usia kandungan mencecah ke tiga bulan terakhir, ada ibu hamil yang berhadapan dengan masalah dalam berpuasa termasuk terdedah kepada pelbagai komplikasi," katanya.







Antara komplikasi yang biasa katanya, rahim akan menekan dinding perut menyebabkan perut mengeluarkan lebih banyak asid sehingga menyebabkan ulu hati terasa pedih. Justeru, katanya mereka akan berasa tidak selesa dan lapar. Keadaan ini lazimnya membuatkan mereka tidak mampu untuk berpuasa. Selain itu, bagi wanita yang berhadapan dengan masalah kencing manis, mereka juga sukar untuk berpuasa. "Ada wanita yang mengalami kencing manis sebelum dia hamil. Ada yang diserang kencing manis setiap kali hamil. Apapun, mereka perlu memberitahu doktor masalah itu bagi membolehkan mereka diletakkan dalam pemerhatian dan insulin sejak awal kehamilan," katanya.





Bagi wanita yang menghidap kencing manis sebelum hamil, mereka memerlukan insulin sebanyak tiga kali setiap hari. Keadaan ini semakin bertambah teruk apabila kandungan masuk minggu ke 28 dan 32.
Bagi wanita yang diserang kencing manis setiap kali hamil, mereka harus berhati-hati. Ini kerana kencing manis biasanya tidak di awal kehamilan, sebaliknya apabila kehamilan mencecah minggu 28 ke atas. "Biasanya kencing manis jenis ini akan 'pergi' selepas wanita melahirkan anak tetapi berisiko untuk diserang diabetes pada usia tua. Biasanya ia diwarisi secara genetik menerusi ibu atau ayah yang diabetik. "Ibu hamil yang diabetik, kalau tidak mengambil makanan mereka akan lesu, lapar dan tubuh menggigil. Justeru, sukar untuk mereka berpuasa," katanya.



Kredit dari sini: sumber

Wednesday, August 19, 2009

Hadiah untuk suami ^_^


Salam sayang semua...Alhamdulillah beberapa hari lepas genaplah 3 tahun usia perkahwinan kami..suka duka dalam perkahwinan sudah menjadi rencah dalam hidup setiap pasangan termasuk kami.Macam bait2 lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...(petikan dari 3Abdul)...saya sangat suka^_^




Sedangkan lidah..lagi tergigit

Apa pula..suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih

Baru teguh..peribadi




Sepanjang ulangtahun perkahwinan,kami tak lah buat majlis yang grand2.Yang kami mampu cuma sekadar makan2 saja dan tukar2 hadiah.Awal2 dulu(2007) kami balik bercuti dMsia dan kami menyambutnya berdua saja di restoran kat kawasan rumah saya diJohor(Abdullah tak de lagi..hehe)(Masa tu tak reti nak bergambar bagi...huhu tak de gambar tanda kenangan..huhu)



Tahun lepas(2008) saya dalam berpantang(lepas brsalinkan Abdullah dan kebetulan dalam bulan puasa)jadi kami hanya bagi ucapan dan hadiah.Dan untuk tahun ni,(tahun ke3 ni keadaan saya sekarang yang semakin sarat)tak larat dah nak berjalan sangat..jadi abang sekadar beli makanan di restoran Arab di tempat kami ni,kek pun ada tapi saya tak dapat buat pun..huhu(mujur abang memahami).Kali ni kami menjamu makanan dari Restoran Cribawe(makanan ala Western)dan sedikit kek.(Nanti saya upload gambar sebab En.Blog busy memanjang -_-)




Oh ye,bila bercakap tentang hadiah pulak,pastinya menjadi perkara yang pening kepala kepada si isteri atau kaum hawa apabila tibanya ulang tahun perkahwinan sebab tak tahu apa hadiah yang perlu diberi kepada si suami sempena ulang tahun perkahwinan.





Mesti hadiah yang romantik dan sesuai kepada si suami yang akan dicari. Disini saya sharekan list beberapa perkara yang mungkin boleh menjadi pilihan si isteri kepada si suami merujuk kepada apa yang dah saya lihat dari keluarga kami.(tapi kalau suami nak cuba pun apa salahnya..hehe) Antara hadiah ulangtahun untuk suami yang boleh difikirkan :




*Barang-barang yang selalu suami pakai:


-dompet,belt,kasut,stoking,topi,talileher,jam,wallet,perfume,cincin,
handphone,
camera,handycam

-Kesimpulannya apa2 barang yang suami idamkan tapi tak mampu lagi nak beli..huhu


-Kalau ada duit bagi kereta sebijik pun boleh pasti suami bertambah sayang..hehe

kereta idaman abang Nissan cefiro A31^_^(bilalah dapat nak ku belikan ni!)
(kredit: Google)





*Barang yang selalu si suami pakai tapi jarang orang bagi:

-Underwear..^_^


(untuk lelaki pun ada jenama sendiri tau)

(kredit:Google)




*Hadiah yang bukan bentuk fizikal tapi boleh membuatkan suami ingat sampai bila-bila:


-Bawak suami pergi sama2 buat facial,spa dan sauna(perempuan pun jarang buat,lelaki lagilah..)



(Kredit:Google)



-Candle Light Dinner juga sesuatu yang boleh dilakukan tapi rasanya kalau buat candle light dinner dirumah sendiri dengan hidangan yang dimasak sendiri oleh isteri,rasanya si suami akan lagi menghargai dan bertamabah2 sayang ^_^


(Kredit:Google)


~Bila dapat suprise yang sangat istimewa dari isteri tersayang,biasanya suami akan cakap.....

“Abang tak kisah pasal hadiah ni semua asalkan Sayang cinta dan sayangkan abang sampai abang mati”



Sifat menghargai yang suami tunjukkan tu sebenarnya adalah apa yang lahir dari hati meraka yang tulus dan ikhlas..menyayangi dan menerima isteri tersayang seadanya...mengharapkan kasih sayang dan taat setia yang tak berbelah bagi dari isteri.




Walaumacamanpun,hakikatnya kalau dapat hadiah pastinya lelaki akan lagi suka dan gembira.



~Tapi alhamdulillah sepanjang 3tahun perkahwinan kami,walaupun hadiah yang saya berikan pada abang ada yang tak sampai RM20,tapi abang begitu sangat2 menghargai..sampaikan saya sangat2 terharu dibuatnya... ^_^


(Kredit:Google)

~Kata abang,Abdullah Syaakir dan bakal adiknya tulah hadiah paling bermakna dalam hidup abang..tak de tolok bandingannya...

Sunday, August 16, 2009

Perjalanan Benih Cinta - Part 2

~Entri ini adalah entri khusus sempena Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke3.Andai satu hari nanti saya dan abang sudah tiada,moga akan dijadikan kenangan buat anak2 kami tersayang..kalianlah Benih Cinta Ummi dan Abi~




Sudah 3tahun kami bersama mendirikan rumahtangga.Sepanjang tempoh pernikahan,proses kenall mengenali sebenarnya masih terus berjalan dan membuatkan kami lebih dekat dan lebih ingin kenal pada pasangan kami. Apa yang menarik,walaupun saya dan abang lahir dari bulan yang sama sebenarnya kami banyak berbeza walaupun nampak macam lebih kurang je.



Suka bersukan/menonton sukan:

~Abang lebih suka tengok sukan di tv,walaupun saya suka bersukan tapi saya tak suka tengok rancangan sukan


Kami memang tak memilih dalam makan/minum:


~suka pada kuih tradisional: Abang sangat suka kuih bakar,saya pulak sangat addict pada kolekacang.

~suka semua jenis air bersusu Abang suka semua jus lagi2 kalau jus letak susu,tapi saya lebih suka susu soya.Cuma yang sama,kami suka teh tarik/teh ais

~Suka pedas: Abang suka kalau pedas yang biasa2 je,tapi saya lebih suka pedas yang berdouble. Contoh:Kami sama2 suka nasi goreng kampung dan tomyam tapi saya akan buat atau order'nasi goreng kampung/tomyam pedas2 dan lebihkan cili api ye'

~Abang suka kalau masakan ikan,ayam,daging hatta sardin yang bergoreng tapi saya lebih suka yang berkuah,berlemak dan pedas



Kami tak suka pergi wayang tapi suka menonton tv:

~Abang suka cerita2 yg penuh aksi+penyiasatan dan dokumentari,tapi saya lebih gemar drama2 yang beremosi


Kami suka membaca:


~Abang suka baca buku-buku yang bagi saya sangat ilmiah dan punya kajian.Contohnya, buku-buku agama,fakta dan rujukan dari ahli ilmu.Saya pula lebih suka dengan bacaan santai tapi banyak info(lebih kepada bentuk majalah,buku motivasi).Tapi yang pasti,kami berdua tak suka baca novel...huhu dah mncuba tapi tak berjaya 'mengkhatamkan' novel yang kami baca.

Kami suka seni:

~kami memang suka melukis tapi lukisan abang walaupun nampak macam menconteng tapi lebih abstrak dan berseni dari lukisan saya(nampak menjadilah),saya lebih suka melukis kartun.

~Kami suka lagu tapi abang lebih suka lagu2 nasyid dan suka memainkan alat2 muzik kumpulan nasyid.Saya pula suka lagu yang rasa sesuai dan sedap didengar telinga saya tapi sampai sekarang saya masih tak pandai nak main recorder(benda panjang mcm seruling tu..hehe)

Kami suka berbincang/kerja secara bersama:

~Lagi kalau berbincang dalam bab2 ilmu.Walaupun macamtu kadang2 saya atau abang lebih suka bercakap sendiri(dengar mencatat sesuatu kat diari/buku)

~Abang memang jenis tak berkira dan tak kisah,tapi saya jenis yang agak cerewet dan suka yang complete.Hatta kalau nak tulis apa2,nak kena ada tarikh,hari,masa,tempat menulis dan nota kaki..huhu

~Bab membersih dan mengemas,pada abang kalau dah tak de sampah depan mata/barang terletak pada tempatnya dah ok,tapi saya lebih suka pastikan tak kan bersampah dan berhabuk.Kalau barang senget sikit,saya akan adjust bagi statik balik.

~Yang pentingnya,abang seorang penyabar,tak beremosi dan lembut bila mana saya sedang beremosi,tapi abang jarang bersikap macamtu dan boleh dibilang dengan jari.Saya?saya ada sikit berangin tapi angin saya sepoi2 bahasa...hehe^_^




~Banyak lagi sebenarnya kalau nak diikutkan persamaaan walaupaun sebenarnya berbeza.


Tapi,yang penting,antara kami ada satu persamaan yang boleh membuatkan kami mampu melayari ujian dalam rumah tangga ni dengan penuh gembira dan tenang iaitu 'kami saling menyayangi dan menyintai kerana Allah'



~Sebenarnya persamaan inilah yang membuatkan perbezaan itu menjadi suatu yang sangat manis dalam kehidupan kami sebagai suami isteri.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, August 15, 2009

Perjalanan Benih Cinta - Part 1

~Entri ini adalah entri khusus sempena Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke3.Andai satu hari nanti saya dan abang sudah tiada,moga ianya akan dijadikan kenangan buat anak2 kami tersayang..kalianlah Benih Cinta Ummi dan Abi~





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



~Bukan Cinta Biasa~


Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...



Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya



Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa



Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata


Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan





Sebenarnya kisah cinta kami ni hanya biasa dan tiada istimewanya sebab kami kami tak merasa alam bercinta yang sebenarnya.Tapi,kami sangat menghargai perjalanan hidup yang dah diaturkan oleh Allah SWT ini. Dan kami memohon, semoga ikatan pernikahan ini menjadi titik tolak terhadap kami samapilah berjaya melahirkan anak2 aka generasi muslim yang memberi manafaat kepada ummat manusia walau kat mana pun meraka berada,insya Allah ^_^






Kami bertemu pada tahun 2002 ketika belajar di Klej Universiti Teknologi islam(Uniti).Masa tu saya adalah senior abang dan abang adalah junior(sebab abang ambik bidang lain dulu sebelum msauk ke situ).Saya mula kenal abang bila kakak sebilik saya ni adalah kakak angkat abang(kakak tu yang ambik abang jadi adik angkatnya)dan dia selalu ceritakan tentang keistimewaan peribadi abang yang kira sangat matang padanya dan kecintaan abang kepada ilmu.Kakak angkat abang selalu mintak saya temankan dia berjumpa abang untuk bertukar2 nota dan bahan bacaan(sebab kakak ni dah tahun akhir,jadi banyak buku2nya yang nak diberikan pada abang,dia ada pelawa daku tapi ku tak reti baca nota orang lain)Yang menariknya,setiap kali berjumpa,abang akan dudk sejauh 1meter(ku agak2 sendiri tapi memang jauh dari kami)dan hanya menundukkan mata bila bercakap(tanpa memandang kakak angkatnya tu (daku??huhu dibalik belakng kakak ku)





Saya dulu pemalu orangnya tak kiralah dengan sesiapa pun insan bergelar lelaki.(sebab bersekolah di sekolah perempuan).Pernah sampai di kaunseling oleh Doktor sebab dengan pemalu saya ni buatkan postur badan saya tak berapa bagus..huhu(sebab doktor pun lelaki).Jadi bila dah belajar di IPT,tidak ada lelaki yang berani mengusik saya sebab saya akan cuba elakkan diri dari bertemu atau berselisih dengan lelaki(hehe~ saya sungguh nekad dalam memalukan diri).Hnedak atau tak,saya terpaksa juga sekelas dengan lelaki sebab tak ada pengasingan kelas antara pelajar lelaki dan perempuan tapi kedudukan ketika dalam kelas saja yang dapat membataskan pergaulan (alhamdulillah).





Saya dan abang sama2 aktif dalam persatuan jadi kami kerap berjumpa(opps bukan dating ye).Sebenarnya perjumpaan demi perjumpaan yang kami hadiri tulah yang membuahkan perasaan yang selama ni tak pernah timbul..tapi ia terpendam dan berlalu begitu saja sebab masing2 ada komitmen yang perlu dilaksanakan..(ayat skemaku)




Ringkasnya, sepanjang 3tahun, tiada apa yang berlaku sehinggalah sampai bulan 15ogos 2005,kawan sebilik yang juga sama persatuan dengan abang datang menemui saya dan menyampaikan kabar yang abang mahukan no telefon saya,katanya ada hal penting yang nak disampaikan.Mau tak mau kawan saya tu terpaksa juga berikan no tel saya pada abang dengan sangkaan ada hal persatuan yang nak diberitahu.Saya tunggu selama 2hari,dan pada 17 ogos itulah saya dapat mesej dari abang yang ringkas tapi padat-untuk memiliki saya.



Perasaan saya ketika itu? Saya hampir saja nak pitam.Kaki terasa tidak berpijak kat bumi.Sejujurnya,saya ada perasaan menyukai abang juga(eem sama ke macam menyintai??huhu) dari sejak kakak angakt abang yang dulu pernah sebilik dgn saya sering bercerita tentang abang.



3hari saya berdiam diri tanpa membalas mesej abang.Tapi dalam 3hari tu abang tak telefon pn saya sehingga pada hari keempat barulah saya membalas mesej abang dan kami mula berhubung untuk berbincang dengan lebih serius.Abang kemudiannya menelefon abah saya dan 2minggu kemudian datang berjumpa keluarga saya diJohor untuk mengikat janji.Abang meminta agar abah saya tidak menerima pinangan sesiapa dalam masa beberapa bulan ni(sebab saya dah habis dulu dan abang masih berbaki beberapa subjek-abang ambik banyak subjek dalam 1sem supaya kami dapat konvo bersama)dan alhamdulillah abah bersetuju..



(Sebelum tu,mak ayah datang dari Kuala Lumpur ingin berjumpa dengan saya dirumah kakak ipar-yang kebetulan bekerja dan menetap berhampiran dengan tempat belajar kami.Berdebarnya hati jangan dikira..takut,risau,malu dan jadi macam coffee mix 3 in 1 hehe-Alhamdulillah selepas melihat dan berbincang sikit saya,mak dan ayah berkenan untuk menjadikan saya menantunya..hehe)



Bermula dari situ,abang berusaha memujuk mak dan ayah untuk berkahwin seawal mungkin sebelum kami ke Mesir.Cabarannya besar sebab abang masih belajar.Perbincangan demi perbincangan dilakukan. Rancangan demi rancangan diatur.Pujukan demi pujukan dilakukan. Alhamdulillah,akhirnya kami akan disatukan dengan merisik dari keluarga abang pada bulan Mac 2006,bertunang pada 26 Mei 2006 dan disatukan pada 12 Ogos 2006.Saya dan abang bersama2 sebagai suami isteri dalam majlis Konvo kami pada 25Ogos 2006 dan bertolak ke Mesir 2minggu selepas tu.Jadi tak sempat kami honeymoon(kata family kami,kiranya ke Mesir tu honeymoonlah tu..ekekek)



Apapun, kini telah 3tahun kami berumah tangga.Abdullah dah pun berumur setahun dan bakal adaiknya pun sudah makin membesar dalam kandungan ni.Sehingga kini,kami masih berdoa semoga Allah SWT menjaga dan memelihara rumah tangga kami dalam kasih sayangNya.Kami meyakini Allah SWT maha mengerti maksud hati kami melaksanakan pernikahan ini dari awalnya dan semoga tujuan itu terus kami ingati sehingga ke saat akhir hayat kami.



Dulu bujang, kemudian berdua, kini dah bertiga dan insya Allah bakal berempat.Dengan kehadiran anak kesayangan kami Abdullah Syaakir dan bakal adiknya insya Allah menambahkan lagi seri dalam mengharungi hidup sebagai suami isteri.



Abdullah buah pertama dari benih cinta kami. Kasih kami padanya tak pernah berbelah bagi. Yang pasti Abdullah adalah zuriat pertama kami berdua yang menjadi saksi cinta kami.Moga kasih sayang kami makin mekar dengan kehadiran adiknya pula...aminn





Abang, semoga perhubungan suci ini berkekalan hingga ke syurga. Apa juga yang abang lakukan syg tetap bersamamu.Syg tahu begitu banyak perjuangan dan perancangan yang ada dalam fikiran abang sama ada untuk kepentingan agama,keluarga dan masyarakat. Apa jua yang abang lakukan syg tetap menyokong dan setia bersamamu,walaupun abg dah meletakkan dia sebagai keutamaan Tidak dapat syg sembunyikan lagi perasaan cemburu syg pada ‘isteri keduamu’ itu



~Buat suamiku yang sangat aku cintai, aku ingin sekali menjadi bidadari syurga yang terindah buatmu~


p/s : Buat kawan2 n pembaca blogger,jangan terkejut ye..isteri kedua abang tu adalah aktiviti dakwahnya.Abang mula melamarnya sejak sebelum kami bersama menjadi suami isteri lagi..hehe)

Friday, August 14, 2009

OSB GIVE-AWAY CONTEST!

Salam sayang semua..masa saya tengah bolg walking kat blog kawan2 sebab nak cari maklumat dan survey harga kat online shop yang berkaitan Cloth diapers (CD) kat onlineshoppingblogs.blogspot.com ni...tak sangka pulak tuan blog ni (mamasofwa) ada buat give away..dan mungkin kebetulan rezeki untuk saya sertai,hadiah yang ditawarkn adalah barang yg saya sedang survey,iaitu CD utk tempat pertama dan kedua.Pihak pengajur juga tetap bermurah hati adakan buah tangan untuk tmpt ke-3 dan saguhati iaitu baby rompers dan baby booties.

Oh yea sebelum tu OSB ni ada menjual.....

Product For Baby

Product For Mama


~Kita dapat beli belah dengan mudah hanya melalui online diOSB ni ^_^ ~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Baiklah tanpa lengahkan masa,ini adalah syarat2nya ...





OSB GIVE-AWAY CONTEST!


YA kami adakan OSB GIVE-AWAY CONTEST,
MACAMANA CARANYA?
1. Copy paste picture di atas , kat sidebar blog masing2 dan link back ke
Http://onlineshoppingblogs.blogspot.com

anda juga mestilah menjadi follower Onlineshoppingblogs (sila klik 'follower' kat sebelah kiri sidebar OSB)


2. Anda hendaklah buat satu entri kat blog anda berkenaan contest ni, dan anda dikehendaki melengkapkan slogan berikut,
"SAYA MEMILIH LAMPIN KAIN MODEN KERANA.........................................................................."
(tidak melebihi 15 patah perkataan)

~~~Slogan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang~~~


3. Tinggalkan komen anda di sini dengan menyatakan nama, e-mail dan juga jangan lupa tinggalkan link anda sendiri kat sini.


4. Tempoh penyertaan adalah sehingga 14 ogos 2009 ( keputusan akan diumumkan pada 17 ogos 2009 )



4 orang pemenang bertuah akan dipilih! ....Ermmm mudah saja kannn,....


Nak tau hadiahnyer?..................ehmmmmmmmm tgk bawah ni yea:-




1. Tempat pertama Lampin Moden Brand Babyland beserta dengan dua insert






2. Tempat kedua Lampin Moden Brand Babyland beserta satu insert









3. Tempat Ketiga-Baby Romper








4. Hadiah Saguhati - Baby Booties










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



~Menarikkan hadiah yang pihak penganjur tawarkan?Insya Allah saya nak mencuba,kalau ada rezeki dapatlah saya mencubanya pada adik Abdullah nanti^_^


~Jadi,saya terus pada jawapan untuk Slogan yang dikehendaki:


"SAYA MEMILIH LAMPIN KAIN MODEN KERANA.................














DAPAT BERJIMAT,





















GAYANYA MEMIKAT,






















KUALITINYA HEBAT,


























ALAM SELAMAT,
















YANG PENTING,











ADIK SELESA DAN SIHAT.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




P/s:Ini contest ke 4 yang saya cuba masuk.Tak salah mencuba,kan?Kalau tak dapat hadia pun sekurang2nya saya dapat info untuk nak survey barang2 baby kat sini dan kalau ada simpanan lebih boleh shopping online sekali ^_^


Wednesday, August 12, 2009

12 OGOS :Pada tarikh ini...

(17 OGOS 2005)

ABANG: "Salam,moga anti tak terkejut dengan mesej ana ni,ana ingin jadikan anti...isteri ana yang sah"


AKU: "Tapi kita belum pernah berhubung,ana pun belum kenal anta lagi,mana mungkin ana akan terima?"


ABANG: "Terimalah ana seadanya,bagi ana tak ada cinta sebelum kita bernikah.Nilah jalan terbaik.Cukuplah apa yang dah ana pendamkan selama ni.Ana tak mahu tergolong di kalangan orang -orang yang timbulkan fitnah".


AKU: "Jadi anta betul-betul sudi menerima ana? Anta sungguh-sungguh ingin bernikah?"


ABANG: "Ya"


(26 MEI 2006)


~Sebentuk cincin tanda diri ini bakal dimilki...hanya Dia~



(12 OGOS 2006)

Gembira bukan kepalang di dalam hati, betapa terharunya tatkala seusai menyebut " AKU TERIMA AKAN NIKAHNYA ......" mengalir air mata bersyukur betapa Allah mudahkan urusan kami hari Jumaat tersebut. Semua kaum kelaurga dan sahabat-sahabat yang hadir pada hari tersebut turut mengucapkan tahniah.


Dibawa bertemu dengan si Dia, berasa gugup di jantung bergegar. Menyarung cincin di jari yang berinai meruntun jiwa. Alangkah bahagia pasangan yang belum bercinta bertemu hanya di hari perkahwinan juga.


(12 OGOS 2009)


Itu cerita 3 tahun yang lalu, kini cerita sudah berbeza namun perasaan masih seperti baru berkahwin semalam.





Inilah bermula episod PERJALANAN BUAH DARI BENIH CINTA KAMI...






12.08.09 genap selama 3thn saya dan abang melayari bahtera alam perkahwinan.. Dari awal perkahwinan yang tak merasa alam percintaan hingga saat ini bemacam2 onak duri yg di lalui segala rintangan dan halangan di tempuhi, akhirnya membawa kebahgiaan buat kami berdua..Amin..



Dihadiri dengan Abdullah Syaakir tercinta yang walaupun jauh di mata tapi terasa dekat di hati dan...bakal adiknya pula..insya Allah.



Sesungguhnya hanya tuhan saja yg mengerti dan fahami, segala rintihan, keluhan dan luhan hati sepasang suami isteri ini...



Susah nak digambarkan, payah nak diungkap kan, tiada kata, tiada bahasa, tiada isyarat yang dapat diberi untnk mengambarkan perasaan kebahgiaan buat kami berdua...







Terlalu istimewa, terlalu mendalam, terlalu berharga dan terlalu bernilai erti sebuah perkahwinan ini, sukar nak di bayangkan jika tiada kasih sayang dlm kebahgiaan... Jiwa yg kosong telah di isi, Hati yg suci telah kau nodai, Perasaan yg goyah telah kau kukuhkan, semuanye di jadikan satu dalam diri...



Biar ombak datang melanda, biar gempa datang mengegar, biar taufan datang meribut.. Hati dan perasaan ini takkan goyang, takkan sekali2 undur dalam percintaan yang suci ini, takkan sekali2 mengalah dlm ego,takkan sesekali benci menjadi musuh...



Ianya akan tetap kekal, akan tetap kukuh, akan tetap utuh, dan akan tetap menyintai dan di cintai hingga la ke titisan nyawa dan nafas terakhir..



kita sama2 memerlukan, dalam senyuman mahupun tangisan... Kini kita mampu berlari bersama-sama dalam meniti arus kehidupan untuk dipertemukan di Syurga sana.



~SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN SAYANG~



P/S:Hari ni,12 Ogos 2009 genap thn ke-3 perkahwinan saya dan abg..Jika tahun pertama kami hanya berdua,tahun ke-2 kami meraikannya ketika kami dikurniakan Abdullah Syaakir dan tahun ke-3 ni merupakan tahun yang sekali lagi amat bermakna pada saya dan abg kerana akan menimang zuriat kedua kami-bakal adik Abdullah Syaakir ^_^

P/S 2:Insya Allah...selepas ni,catatan perjalanan benih cinta kami berdua akan menyusul..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




~Permata Yang DiCari:De Hearty~


Hadirnya tanpa kusedari

Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan padaku ini

Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya

Kesopanannya memikat di hati

Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah

Jika dia benar untukku

Dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Jika dia bukan milikku

Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi

Apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu

Akan kubatasi dengan syariat-Mu

Jika dirinya bukan untukku

Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku

Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, August 8, 2009

My-Giveaway 1st ever GIVEAWAY CONTEST

Sejak saya mula berblog 7bulan lepas,masuk ni kali ke 3 saya join contest(first dulu Baby Cute Contest-mama_Aqish,2nd contest melalui email oleh Sarah Al Idrus-Model Wanita bertudung dan kali ni giveaway-My Giveaway)yang sekarang ni tengah hangat dalam dunia blog.




Sebenarnya saya kena utamakan update entri terbaru sambil jawab/tempek tag dan award sebagai mengahrgai pemberian dan ingatan kawan2 di alam maya pada ni.Tapi disebabkan ada dah entri dan tag yang saya dah save dalam draf dan tinggal nak publish je,jadi saya ambik keputusan nak join je mana2 contest dan give away,mana2 yang saya sempat(selagi duenya belum tamat lagi..huhu)




Untuk kali ni saya nak cuba sertai giveaway oleh.Giveaway ni unik sebab dibuat pertama kali oleh blog yang mengumpulkan semua jenis contest dan giveaway dari semua blogger2 diMsia.Dan lebih menarik lagi kita boleh pilih mana2 hadiah yang berkenan dihati dan hanya jawab slogan dari hadiah yang diplih...eem mudahkan(daku nak yang mudah2 je...tak delah nak fikir banyak2...hehe)Ok sebelum saya bagitau apahadiah yang menark hati saya,ni detail tentang giveaway tu yea ^_^







My-Giveaway 1st ever GIVEAWAY CONTEST !!!


Ours is quite unique.. as we have 8 prizes to give away.So that means, there will be 8 winners in total :)


How cool is that?How to win this??


Be a my-giveaway FOLLOWER (click FOLLOW on the right hand side corner of our blog)


Choose ONE (1) Prize from above and BLOG ABOUT IT (English or Bahasa only as I can't read CHINESE.. kekeke) on your blog.


Make sure you copy the picture of the item you want and have a link back to this contest


Complete this sentence "I deserve to WIN My-Giveaway #(choose your gift no) because...."



Put up our my-Giveaway BANNER PICTURE (below) on the sidebar of your blog with linkback to us.


Leave your name, email address and blog write up link as a comment here.


Pls use this banner at the side corner of your blog...


Pls use this link to linkback to us that's it !!! SIMPLE RIGHT?


So get blogging and GOOD LUCK !!!


Winners will be chosen BASED on CREATIVITY and not randomly.


Please note that.. thank you :)





Semua hadiah2 yang disediakan tu ada daya tarikan tersendiri(ala2 aura gitu!)jadi antara kelapan2 hadiah ,nilah yang berkenan dihati saya....


Statement (rekaanku hehe) yang mungkin bakal 'berterbangan' difikiran kawan2 blogger dan pembaca bila melihat pilihanku ini..


"Eh,kenapa pilih hadiah yang ni,macam tak sesuai dengan dia ?" ATAU


"Ada jugak perempuuan yang suka bab2 kereta ni,mak budak pulak tu" ATAU TAK PUN YANG NI..


"Peminat James Bond rupanya" ekekek ^_~

"I deserve to WIN My-Giveaway #(3) because...."

Baiklah,ni sebabnya:

Kalau ada rezeki dan berpihak pada saya,sebenarnya saya nak hadiahkan buat cik abang saya aka Abi.Abang peminat kereta dan pernah jadi pembantu mekanik semantara masa muda2 dulu.Disebabkan masih belajar,abang tak begitu serius tapi bercita2 nak bukak bengkel repair kereta sendiri disamping ada kerjaya sendiri bila habis belajar nanti.Kiranya abang nak mantapkan lagi kemahiran abang masa dulu biar tak lupa.

Abang pun dah merancang masa akan datang untuk punya 2 buah kereta-1 untuk kegunaan keluarga dan 1 lagi untuk kegunaan sendiri dan kereta idaman abang tu Nissan Sefiro A31.
Moga dengan adanya model kereta ala2 James Bond ni buatkan abang bersemangat dan yakin untuk nak ada 2 kereta hasil dari usaha keras dan titik peluhnya sendiri nanti..insya Allah.

(Untuk pengetahun semua,abang tak tau pun yang tujuan saya join give away ni adalah sebagai hadiah untuknya.Abang cuma bagi 'green light'untuk nak join.Jadi,bolehlah saya buat 'suprise pressie' untuk abang bila kami dah balik Msia nanti..hehe)

Friday, August 7, 2009

Monolog Hati : 2

*Saat ku menaip entri ini,hati dan jiwa ini hanyut dengan kesedihan dan kerinduan pada anakandaku yang jauh dimata..Abdullah Syaakir.Hari ini 7/08/09 genaplah usianya setahun.Dia membesar jauh dari pandanganku dan abang.Tuhanku...inilah pengorbanan yang harus kami tempuh...*

Ya Allah moga dia merasa getaran rindu umminya yang teramat sangat...Rindu padamu sayang!

^_^ SELAMAT HARI LAHIR SAYANG UMI DAN ABI ^_^



Tak lama lagi saya dah nak jadi ibu untuk kali kedua.Bila saya fikir,betapa besar tanggungjawab yang saya akan pikul lepas ni bahkan makin bertambah.Tanggungjawab sebagai pelajar,anak,menantu,isteri,ibu dan yang paling utama sebagai HambaNYA.Ya Allah..dapatkah ku uruskan semuanya dengan sebaik2nya?Masih ingat, ketika awal2 disahkan yang saya mengandungkan adik Abdullah,macam2 perasaan yang datang..rasa takut dan sedih bertukar2. Lebih2 lagi abang yang menjadi ketua rumahtangga,sudah mula berkira2 dan agak bimbang dengan keadaan ekonomi keluarga sekarang,mampukah kami membesarkan kedua2 zuriat kami ini?Namun akhirnya,kami yakin dan bertawakkal bahawa setiap apa yang Allah jadikan tu dah tertulis rezeqi masing2.Yakinlah janji Allah yang anak2 ni dah disediakan rezeqi untuk mereka.





Sebenarnya saya belum bersedia untuk kelahiran yang kedua ni.Abdullah belum puas lagi merasa kasih sayang ummi dan abinya,ditambah lagi kami berpisah jauh ketika dia perlukan kami untuk merasai kasih sayang dalam meniti2 pembesarannya...tapi kini dia bakal punya adik baru.Tapi bila saya tersedar dari apa yang saya fikirkan...saya beristghfar panjang,sepatutnya saya bersyukur kerana Allah 'hadiahkan'saya dengan adik Abdullah untuk merawat hati dari kesedihan dan kerinduan berpisah dengan Abdullah...Subhanallah...Terima kasih Ya Allah..




Bila rasa adik Abdullah dalam kandungan ni aktif bermain2 sambil menendang dan menyiku2 (agaknya lah ^_^),memang saya akan terfikir,macamanalah adik kat dalam tu?Selesa ke dia? (Nak katakan kurang taunya ku dalam hal2 mengandung masa mengandungkan Abdullah dulu,ada pernah pada awal2 bulan mengandung..tidurku tak berapa lena..takut sangat kalau2 bila ku tidur tak sedar diri,ku akan meniarap dan mem'penyek'kan anankku dalam perut..huhu teruknya ku -_- )




Tentang makan/minum yang saya makan ni cukup dan ada khasiat ke?Saya dah banyak ke bagi pendedahan awal ilmu dunia khususnya ilmu agama dalam mendidknya sebelum dia dilahirkan nanti?Bagaimana pula dengan abangnya nanti yang sekarang dah banyak terima kasih sayang dan didikan abah dan mak saya aka atuk dan embahnya? Cukupkah kasih sayang saya dan abang yang kami beri?Bila saya fikir2 lagi...hati ni jadi sayu...teringat si permata hati yang terpaksa berjauhan dengan kami,ummi dan abinya yang kami rasa masih belum puas lagi mendapat semua yang saya sedang beri pada adiknya...aduhai kesiannya buah hati ku itu... T_T




Tiada yang saya dan abang akan fikirkan selain kepentingan Abdullah dan bakal adiknya nanti.Setiap apa yang saya akan buat dan fikir hanya tentang anak dan untuk anak.Walaumacamana keadaan sekalipun saya,tetap kena utamakan anak juga.Ohh..besar sungguh kehadiran seorang anak pada sang ibu.



Sungguh..dalam nak jalani hidup sehari2(dgn keadaan diri yang sedang membawa si adik dan terkenangkan si abang yang jauh di mata)buatkan saya terpaksa renung balik apa yang dah saya lakukan sebelum ni,terasa kerdilnya diri bila sebenarnya saya belum tentu akan dapat jadi ibu yang terbaik untuk anak2 kelak jika diri saya sendiri belum tentu matlamat dan hala tuju baik dari segi persediaan perjalanan hidup saya dan anak2 di dunia dan untuk akhirat nanti...alangkah malangnya saya kalau saya tak boleh nak berubah T_T




Saya dan abang selalu berdoa dan memohon moga Allah SWT dengan segala kekuasaanNYA menciptakan satu aura yang kuat antara Abdullah dan kami-ummi dan abinya walaupun tepaksa berpisah jauh dalam umur yang masih kecil.(Jauh disudut hati amat2 terharu dengan abang,walaupun tak lalui kerinduan ni dengan tangisan sepertiku tapi tetap tak dapat sembunyikan perasaan tu dari pandangan ku bila selalu tatap dan mainkan berulang2 gambar dan video rakaman Abdullah...sambil kata"Emm rindunya Abi dengan sayang abi ni" T_T )



Lagu ni cukup terkesan buatku,walaupun liriknya untuk insan bergelar ibu dan bapa tapi ku ingin hadiahkan buat anakanda yang tersayang...kerana dia permata kami ...


Permataku
Munsyid : Mirwana

http://liriknasyid.com




Sunyi...


selubungi malam...



Mengusik minda yang terlontar jauh...



Masih hangat terasa ...



Tangan yang membelai yang mengusik manja...


Daku damba kasihmu...



Biar jadi pedoman...



Buat penyuluh jalan kugapai impian...


Angin...


kau nyanyikan lagu...



Untuk permataku...


tenang selalu...



Bayu...


sampaikan berita...



Daku kini ceria...aman dan bahgia...



Selimutkan rinduku bersama malammu...



Hadirlah...


kau dalam mimpiku...


Agar kau selalu...ada disisiku...


Rindu belaian kasihmu...


Rindu senyumanmu...



Penawar lukaku...


Dengarkan laguku...


hadiah untukmu...



Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...



Dikaulah cahaya...


Bila malam menjelma...


Kasihmu membawa ke syurga...



Dan redha yang Esa...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ya Allah,

Peliharalah anakku selama mana dia berada dalam kandungan ku..

Sembuhkanlah dia dari segala penyakit..


Sesungguhnya Engkaulah Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melainkan dengan penawarMU..Ya Allah



Ya Allah,
Lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera..



Ya Allah,
Jadikanlah anakku ini sihat,sempurna,cerdik,berakal,dan berilmu serta beramal soleh.



Ya Allah,
Elokkanlah perangai anakku,fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suaranya untuk membaca Al Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW

Thursday, August 6, 2009

Adik @ 30 Weeks

Salam sayang buat kawan2 blogger dan pembaca tersayang

Alhamdulillah ada lagi kekuatan untuk saya duduk menaip depan PC ni(dengan internet dan PC yang tak meragam)walaupun kesihatan sejak akhir2 ni kurang baik sikit..dengan diri yang dah masuk 30minggu,tak daya nak duduk mengadap PC lama(sakit pinggang+badan mula berpusing2).Perut saya pun dah hampir nak ke lantai sebab saya tak guna meja biasa untuk letak PC ni(guna meja macam ala2 jepun gitu!)sebab tuan rumah tak sediakan banyak meja biasa kat dalam rumah ni.Jadi,saya terpaksa bahagi2kan masa untuk update entri dan jalan2 kat blog kawan2,harap kawan2 dan pembaca memahami daku yea

(sekarang ni tengan siapkan semua tag2,award2 dan nanti ku akan sediakan 1minggu untuk entri tag dan award je...huhu harap kawan nanti tak berpinar mata yea ^_^)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



(29/7 - 2/8/09)




Hello Rohaini ! 29 weeks pregnant
Your baby's lungs and digestive tract are almost fully developed. While your baby may soon slow up growing in length, (he measures about 15.7 inches/ 40 centimetres from crown to toe by now), he will continue to gain weight until he's born. This week your baby continues to open and shut his eyes. He can probably see what's going on in utero, distinguish light from dark and even track a light source. If you shine a light on your stomach, your baby may move his head to follow the light or even reach out to touch the moving glow. Some researchers think baring your stomach to light stimulates visual development. But don't expect 20/20 vision when your baby is born -- newborns can see a distance of only about 8 to 12 inches/ 20 to 30 centimetres. (Children with normal vision don't reach 20/20 vision until about age 7 to 9.) To complete the picture, your baby now has eyebrows and eyelashest.

*Teringat macam yang kak Lin(linsharlina aka ummi Balqis),pernah buat pada first babynya,Balqis..hehe rasanya saya nak mulalah dalam minggu ni start main2 cakucak guna torch light dengan adik ^_^)*


A pint and a half/ around a litre of amniotic fluid now surrounds your baby but that volume decreases as he gets bigger and has less room in your uterus. As you and the baby continue to grow, don't be alarmed if you feel breathless, as if you can't get enough air; it's just your uterus pressing against your diaphragm. There is a light at the end of the tunnel though. At about 34 weeks (or just before birth, if this is your second or third pregnancy), your baby's head will move down into your pelvis as the baby gets into the right position for birth. That will make breathing and eating a lot easier.
Note: Experts say every baby develops differently -- even in utero.
You are now 30 weeks pregnant (or in your 31st week if that's how you prefer to count it).
How your baby's growing?
From now on, your baby will gain weight fast. His lungs and digestive tract are nearly mature and he's probably been able to open and shut his eyes for a while now, so he can see inside you.

You've probably gained quite a bit this month - typically 1.4-1.8 kg/3-4 lb. Gaining 450 g/1 lb a week is quite normal during the last three months. Your baby's demands for nutrients are at their greatest in the final pre-birth growth spurt. You may love or loathe your increasing size - either way, remind yourself of 50 reasons why it's great to be pregnant. It's never too late to stop smoking, as your baby will benefit from an increased oxygen supply within days of you quitting. Try to encourage those close to you who smoke to give up, too - not only will this help you to stop smoking but it may help your baby in the longer term. Research has shown that babies are at higher risk of cot death / SIDS if a parent or caregiver smokes around them. Getting a good night's sleep can become more difficult again in the third trimester.
As your bump grows, getting and staying comfortable is harder and you may find pressure on your bladder means midnight trips to the loo make an unwelcome but necessary return. Vivid dreams can also affect the quality of your sleep leaving you feeling disturbed or inspired! Don't forget to ask your partner about his dreams, too.


Pregnancy tip: preventing varicose veins
"A friend recommended that I use witch hazel for varicose veins. Rubbing some on my legs and putting my feet up for 20 minutes has helped dramatically." - Heather M.

Things to consider Why are varicose veins more common in pregnancy? Being aware of your Braxton Hicks contractions will help you distinguish them from the real signs of labour. Think about buying a car seat - you'll need one before you come home if you're having your baby in hospital. Make the most of that pregnancy bloom with Bobbi Brown's beauty tips for pregnant women. When to worry about itchy skin.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Memandangkan kehamilan saya dah pun mencapai usia 30minggu,saya rasa saya dah perlu fikirkan dan buat list barang-barang dan persiapan untuk adik dan saya juga.Masa Abdullah dulu saya tak payah fikir2 hal ni sebab family dah buat persediaan semuanya,tinggal diriku saja yang nak bersalin..mak siap pesan lagi "Kakak tak payah beli apa2 barang dari Mesir,kami dah siapkan semuanya,tinggal kakak je yang kena bersalin"huhu sungguh terharu sebab dilayan bagai putri..ekeke.Tapi sekarang saya dan abang kena siapkan semuanya sendiri,kami kena berdikari.Cuma nanti kalau ada apa2 barang yang tak de kat sini bolehlah mintak family poskan dari sana.



Sebenarnya,saya dah ada check list semua persiapan dari adik sampai persiapan untuk saya,saya dapatkannya dari mypermatahati,ni saya sharekan linknya..kalau ada kawan2 blogger atau pembaca yang berminat,terus je download,tak payah nak fikir2 lagi dah.





Dalam perancangan awal sekadar nak beli barang2 asas je sebab tak tau adik ni boy atau girl (sebab kadar keaktifan adik dalam perutku ini lebih kurang abangnya je,huhu confius ummi n abi dibuatnya,sayang!).Rasanya saya dan abang kena cari warna yang sesuai untuk boy dan girl.Tapi susah jugak nak agak tempat nak beli baju2 dan barang baby kat tempat saya ni.Nampaknya abang kenalah pegi survey dulu,bila dah jumpa tempat barulah daku ikut sekali nanti..hehe




UNTUK SAYA:

Pam susu
Nursing pad
Nursing bra

Nursing clothes

Bengkung(Dah Ada yang Sendayu Tinggi punya)-untuk salin2

Tungku

Set bersalin (Rasanya nak guna Sendayu Tinggi lagi ^_^)

Maternity pad

Stokin

Tukang urut (tak tau nak cari kat mana..huhu)



PAKAIAN
Sarung tangan
Sarung kaki
Topi
Baju lengan pendek
Seluar pendek
Baju lengan panjang
Seluar panjang
Barut
Lampin kain/pakai buang (ikut keperluan)
Baju jenis kain tebal untuk musim sejuk nanti


PENJAGAAN DIRI
Losyen bayi
Baby Oil
Minyak Telon/minyak yuyi cap limau
Wet tissue
Nappy cream
Cotton ball
Cotton buds
Sikat


UNTUK MANDI
Tuala
Besen mandi
Sabun/mandian bayi
Syampu bayi


UNTUK TIDUR
Tilam
Bantal tidur (2)
Bantal peluk (1)
Selimut
Kelambu
Baby coat
Bouncher


PENYUSUAN
Botol susu
Puting
Bib
Tuala kecil

Berus cuci botol
Sabun pencuci botol

OUTING
Stoller/Baby carrier
Beg

P/s:Kalau ada yang tertinggal lagi kawan2 bagtau yea ^_^



Untuk kali ni,saya dah bertekad untuk BF adik.Kalau abangnya cuma dapat merasa hanya 4 1/2 bulan,tapi insya Allah saya berazam untuk full 2tahun...moga Allah mudahkan urusan saya...Doakan saya yea ^_^





Cuma kali ni saya lebih teruja nak tau bagus atau tak kalau guna CD?Saya sekarang tengah cuba nak tambahkan kefahaman tentang kebaikan CD ni berbanding lampin biasa.Memang kat Mesir ni tak ade,jadi saya kena confirmkan semua maklumat sesegera mungkin nanti boleh beli terus atau online dan kirimkan sekali dengan barang2 yang family nak bagi nanti..hehe

kredit disini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Ya Allah,

Peliharalah anakku selama mana dia berada dalam kandungan ku..

Sembuhkanlah dia dari segala penyakit..


Sesungguhnya Engkaulah Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melainkan dengan penawarMU..Ya Allah



Ya Allah,
Lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera..



Ya Allah,
Jadikanlah anakku ini sihat,sempurna,cerdik,berakal,dan berilmu serta beramal soleh.



Ya Allah,
Elokkanlah perangai anakku,fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suaranya untuk membaca Al Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW


Friday, July 31, 2009

Adik @ 29 Weeks



Salam sayang buat semua,kita jumpa lagi..moga kawan2 blogger+pembaca tersayang sihat,happy touch n go selalu ^_^...
Subhanallah..dah 29minggu dah rupanya adik..beberapa hari lagi 1hari lagi cukup 30week in my tummy.Hitung2 ada lagi 11minggu lagi adik akan jumpa ummi dan abi yea sayang,insya Allah...teruja pulak ummi di buatnya ^_^ (macam first time mengandung pulak..hehe) Kali ni En Blog bagi saya update gambar adik,tapi masa scan yang 28week punya.Dah masuk trimester 3ni,kadar keaktifan adik agak kurang(mungkin 'tempat beradunya' dah makin sempit)sebab adik makin membesar...huhu .Tapi,sekarang adik dah pandai nak keraskan badannya sampai sakit tulang rusuk saya,eem tak pe sayang...buatlah macamna pun janji selesa ea ^_~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


(27 / 7 - 1 / 8 / 09 )


Hello Rohaini ! 29 weeks pregnant

Your baby now weighs around 2.5 pounds/ 1.1 kilograms and measures about 15 inches/ 38 centimetres from head to toe. In boys, testicles descend from near the kidneys through the groin en route to the scrotum. Your baby's head is getting bigger, and brain growth is very rapid at this time. Nearly all babies react to sound by 30 weeks. Your baby's nutritional needs reach their peak during the third trimester. You'll need plenty of protein, vitamin C, folic acid, iron, and calcium (about 200 milligrams is deposited in your baby's skeleton every day), so eat foods rich in these nutrients. The skeleton hardens even more and the brain, muscles, and lungs continue to mature. So take a look at our eating well guide to make sure you are getting the right minerals and vitamins.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


(ni gambar scan adik masa 28weeks hari tu)

Ops...sebenarnya jantina adik masih lagi samar2...mungkin adik malu2 miow agaknya..^_~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ya Allah,
Peliharalah anakku selama mana dia berada dalam kandungan ku..
Sembuhkanlah dia dari segala penyakit..
Sesungguhnya Engkaulah Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melainkan dengan penawarMU..Ya Allah


Ya Allah,
Lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera..


Ya Allah,
Jadikanlah anakku ini sihat,sempurna,cerdik,berakal,dan berilmu serta beramal soleh.


Ya Allah,
Elokkanlah perangai anakku,fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suaranya untuk membaca Al Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW

Wednesday, July 29, 2009

Khabar Si Adik @Trimester 3(7bulan)



Alhamdulillah 17/7 haritu adik dah masuk 7bulan.Memang banyak sangat perkembangan adik dan seperti biasa jugak umminya akan ikut mengembang sekali ^_~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3rd TRIMESTER

( 21 / 7 /- 26 / 7 /09 )


Hello Rohaini ! 28 weeks pregnant

You're in the home stretch. The third trimester typically starts at week 29 and lasts until week 40 and sometimes even beyond. (Don't worry -- 42 weeks is the maximum! After that, a woman usually is induced to give birth.) Most women gain an average of 11 pounds/ 5 kilograms during this trimester.

By this week, your baby weighs nearly 2.3 pounds/ a little over 1 kilograms and may measure 14.8 inches/ 38 centimetres from top to toe. At about this time, your baby can open his eyes and turn his head in utero if he notices a continuous, bright light shining from the outside. His fat layers are forming and his fingernails appear.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Minggu lepas,macam biasa saya ke klinik untuk nak buat rutin check up.Rasa rindu nak tengok adik dan nak tau perkembangannya dan kesihatan saya juga.
Tentang Saya:

Berat-73kg(uuiii tak boleh nak control dah ni..huhu )

Tekanan darah-100/60 (Alhamdulillah stabil)


Macam biasa tiap2 minggu (sebenarnya tiap2 hari naik,tapi tak nak ngaku..hehe )berat saya akan naik kalau tak setengah kg akan naik 1kg.Tapi susah juga nak agak sebab naiknya tak tentu.Sebelum2 ni,kalau minggu ni naik 1kg,berminggu2 maintain tak naik2.Lepas tu minggu seterusnya naik sampai 2kg.(Walau macam tu pun,Doktor tetap kata "Kuwais jiddan" maknanya sangat baik.Sampaikan selalu suruhku makan banyak2.Opss..lupa saya nak bagitau,badan orang2 Arab Mesir masa anak dara memang cantik tapi bila dah ada anak badan mereka naik membuak2.Tak ade istilah berpantang bagi perempuan2 Mesir kalau lepas diorang bersalin,jadi diorang macam di pam2.

Anemia/Hb saya masih lagi rendah,masih belum sampai tahap yang sepatutnya.Doktor cuma nasihatkan saya banyak selalu makan ubat yang dicadangkan,banyak rehat,kurangkan bergerak dan of course banyakkan makan.Pada saya memang tak de istilah diet sejak saya mula mengandung lagi (kalau masa muda2 dulu ye lah.Sebelum kawin nak jaga saham sebagai anak dara,hehe ^_~ dan kalau lepas kawin pulak dah tentu2 untuk jaga ke'harmoni'an rumahtangga..ekeke.Sedari dari awal2 mengandung lagi saya dah rasa lemah,pandangan yang berpinar2 dan kadang2 rasa pitam dan nak jatuh.Apalagi bila perut yang semakin memboyot ni,nak berjalan pun makin tak larat dan termengah2,kalau kena naik tangga saya dah surrender awal2.Mungkin effect sekali sebab saya jatuh hari tu.


Tentang Adik:

Akhir-akhir ni adik kuat sangat bergerak.Terasa gerakan kat seluruh bahagian perut,samapikan tak dapat nak agak tang mana tangan,tang mana kakinya.Sperti biasa saya tetap mengira gerakannya yang dah lebih 100 kali sehari...huhu aktif,kan?Kata doktor.sebab adik ada banyak ruang untuk dia bermain dan tunjukkan macam2 skill,jadi gerakannya makin kerap terasa.

Kadang-kadang,bila tengah baring atau duduk tegak tak gerak,memang sangat jelas pergerakannya nampak dari luar perut.Perut saya akan nampak bergerak-gerak dan akan ada certain2 time yang tiba-tiba je terbonjol (mungkin dia siku/tendang sampai jadi terkejut saya dibuatnya.

Selain dah boleh alert suara abang(sebab bila abang usap2/abang cakap dari jauh),adik semacam tau saya berbual,mengeletek sambil bermain2 dengannya.Nampaknya cara adik mengingatkan saya pada abangnya...huhu

(Gambar scan adik tak dapat nak up load,En Blog sibuk memanjang...nanti2lah saya upload yea)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


(15 / 7 - 20 / 7 / 09 )

Hello Rohaini ! 27 week pregnant


Your baby now weighs nearly 2 pounds/ 875 grams and measures 14.5 inches/ 36.6 centimetres from head to toe. His eyes open and close, he sleeps and wakes at regular intervals and he may suck a finger or thumb. Sweet dreams, little baby!
Some experts believe that babies begin to dream by the 28th week. What do they dream about? No one knows for certain but the brain is active this week as well. The characteristic grooves on the brain's surface start to appear and more brain tissue develops. Chalk up any rhythmic movement you may be feeling to a case of the hiccups, which are common this week and throughout the pregnancy. Your baby has them but is breathing in amniotic fluid rather than air. A paper bag can't cure her hiccups, obviously, but an episode usually lasts only momentarily. The sensation for you may be strange but not unpleasant. Since your uterus is now up near your rib cage, you may now find yourself short of breath if you haven't already. Starting now and continuing through the last three months of pregnancy, you may be plagued by leg cramps, haemorrhoids, varicose veins and an itchy abdomen. Are pregnancy discomforts getting you down? Try some natural remedies to perk you up. If you were found to be Rh-negative earlier in pregnancy, you'll probably be tested for Rh antibodies this week or next and have an anti-D injection to combat the incompatibility. You may be offered a repeat injection at 36 weeks.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada masanya saya boleh rasa yang adik sedu(sebab ada masa2nya berdenyut macam adik tu tersedu2),bila saya pegang2 tempat yang berdenyut2 tadi,lama2 baru hilang...hehe orang tua2 kata budak kalau sedu2 ni maknanya nak besar,apa benarkah itu?(macamna kalau mak budak yang sedu?ekeke)

P/s:Minggu depan baru ummi dan abi datang jenguk adik yea...jangan nakal2 tau,sayang!Moga adik sihat dan happy2 selalu didalam ^_^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Ya Allah,
Peliharalah anakku selama mana dia berada dalam kandungan ku..

Sembuhkanlah dia dari segala penyakit..

Sesungguhnya Engkaulah Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melainkan dengan penawarMU..Ya Allah


Ya Allah,
Lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera..


Ya Allah,
Jadikanlah anakku ini sihat,sempurna,cerdik,berakal,dan berilmu serta beramal soleh.


Ya Allah,
Elokkanlah perangai anakku,fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suaranya untuk membaca Al Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW

Moga kalian mengerti -_-


(Ini bukanlah tanganku yang sebenor2nye..sekadar gambar semata2..kredit En Google)

Assalamu'alaikum kawan2 dan pembaca tersayang,eem memang tak boleh kena puji betul En Internet ni,dah dekat 2minggu tak dapat nak buat apa2.Ingatkan bolehlah bertahan lama,jahat betul! Di sebabkan masih boleh nak bersabar lagi,saya tangguhkan dulu nak ke CC.Bila je idea datang mencurah2,terus saya bukak note pad di PC(sebab PC dah ok dan tak buat hal)dan taip je segala isi idea tu..dah siap terus je save kat pen drive.Sungguh,saya dan abang nak kena banyak bersabar dengan perangai orang Arab ni,kami bayar full tiap2 bulan tapi servis amat2 menyedihkan-bolehlah dibilang dengan jari tangan sebelah je berapa kali je internet betul2 ok dalam seminggu(Nak guna..alahai ape benda tu..eem haa Broadband ke hape,tak mampu!,nak tak nak kena guna jugak share line ni -_-)Tapi bila turn ada pulak internet,PC pulak mula 'manja2'...aduuii laa @_@...jadik rosak moodku ini !



Alhamdulillah kesempatan yang ada ni saya cepat2 cover baca semua blog kawan2 sambil beramah mesra alam.Oh ya,adik yang dah masuk 3rd trimester kat dalam sihat dan bertambah2 aktif,sepanjang 2minggu ni kesihatan saya kejap turun dan naik,susah nak duga sebab tak tentu masa.Badan saya cepat rasa penat dan berpusing2,hatta cuma nak solat atau nak berjalan masuk ke bilik air.Kadang2 berdiri,duduk,berjalan lama sangat pun tak mampu.Tapi bila masa2 tertentu,saya ada kekuatan dan sangat santai,sampaikan nak sangat ajak abang keluar jalan2(walaupun ku tau kekuatan tu cuma sementara je,nanti lepas tu mulalah baring terlepek).Nak buat apa2 pun jadi semangat(mungkinkah ni peel seorang mengandung?)Mood pulak kejap angin ribut tapi ada ketika saya betul2 macam angin bayu aka sepoi2 bahasa..abang pun kadang2 pening dengan kerenah saya..huhu(Oh ya,baru2 ni saya bawak adik berjalan jauh,nanti saya updatekan entri makan angin saya kat Marsa matruh-tempat ni ala2 Langkawi gitu!)


Kali ni saya nak ambik kesempatan nak bubuh banyak2 entri takut tak sempat nak up date selalu dan berjalan2 kat blog kawan2 (harapnya kawan2 dan pembaca jangan putar alam(macam ku) bila baca entri bertimbun2 nanti yea!)


Jadi saya rasa kawan2blogger dan pembaca pun dah al maklum kot,kenapalah saya tak dapat selalu nak update...(maafkan ku yea ! -_- )


Saturday, July 11, 2009

Khabar Si Adik @Trimester 2(6bulan )

Assalamu'alaikum..salam sayang buat semua kawan2 blogger dan pembaca ku ^_^ Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah hampir 6 bulan setengah saya mengandung.Dan saya sekarang dah nak masuk akhir 2nd trimester,hari ni jugak..insya Allah saya dah pun 27weeks.Untuk entri kali ni saya ceritakan tentang adik masa 24weeks-26weeks yea)


:(Trimester 1st (1-13weeks),2nd trimester (14-27weeks),3rd trimester (28-40 weeks):




Wahh..jadi,tak sampai 3bulan + lagi saya bakal melahirkan adik Abdullah,insya Allah ^_^.Terasa masa cepat betul,mana taknya..beberapa bulan ni sibuk dengan study nak exam,lepas exam pulak plan untuk aktiviti sepanjang cuti semester (3bulan tau kami ber'honeymoon',tapi ku bukannya boleh nak aktif berjalan2 sangat,cepat sakit pinggang+bwah perut +dunia cepat berputar2..huhu ).Ya,untuk kali ni,saya ada anemia aka kurang darah@ darah cair (betul ke istilahku ni?) sejak mengandung 2bulan lagi,Hb saya rendah.Tapi,masa Abdullah dulu saya mula kena bila masuk kandungan 6bulan.Emm mungkin sebab saya ni memang keturunan ber'darah cair' (nenak,mak ku)jadi perkara yang sama akan terjadi pada saya dan mungkin jugak pada keturunan saya nanti.



Sebenarnya,ujian yang Allah SWT berikan pada perempuan yang mengandung ni amat berbeza.Ada yang senang dan dan ada yang memeritkan.




"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya" Surah Al Baqarah:Ayat 286




Alhamdulillah,macam saya,saya memang tak ada alahan@morning sickness yang teruk baik masa Abdullah atau adiknya ni,tapi cumanya bahagian ujian saya dalam hal2 macamni (Hb low,peranakan tak berapa kuat ditambah secukup rasa pulak saya jatuh hari tu...makin tak kuat jadinya dan tak dapatlah nak aktif macam kanak2 Ribena..huhu T_T)...tapi dari selera nak makan,keadaan diri sendiri..Alhamdulillah..saya dapat kawal.Tapi bagi sesetengah yang lain pulak,ada yang alami alahan teruk masa awal2nya tapi bila dah masuk pertengahan mengandung,terus sihat dan segar dan sangat aktif.Semua tu tak pelik sebab setiap kita ada bahagian dalam ujianNYA.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Ni email yang saya dapat dari baby centre.com.Memang tiap2 minggu saya akan dapat email dari Baby centre.com ni sebab saya memang melanggan update newsletternya,bahkan sejak dari Abdullah lagi.Banyak lagi web2 tentang perkembangan baby yang banyak saya langgan...rasa sangat puas hati ^_~ -tulah yang menyebabkan ku selalu dapat email tiap2 minggu dan tentunya inboxku selalu dapat email yang baru...hehe.Tak rugi kalau saya dapat info2 macamni.Sekurang2nya saya tau cerita dan keadaan kesihatan baby dan saya sendiri sendiri pada tiap2 bulan kehamilan ^_^




Selain tu,saya banyak juga merujuk tentang hal ehwal perkembangan baby dan kehamilan dalam bahasa melayu di:






tapi kalau dalam BI saya banyak rujuk di :




Baby Centre (versi Malaysia tau,kalau Versi Arab pun ada jugak hehe)


Baby Gaga


What To Expect



Dan banyak lagilah (Taip je kat En Google,nanti dia tolong carikan ekeke ^_~ versi malas nak taip ni )



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



(5/07/-10/7/09)

Hello Rohaini! 26 weeks pregnant Your baby's becoming more sensitive to sound as the network of nerves in her ears develops. If dad talks to her now, she might learn to recognise his voice. The more she hears it, the more likely she is to find it soothing after she's born. If he feels strange just talking to the baby, he can read the newspaper or a book out loud.



~~>Adik suka kalau saya selalu bercakap dengannya(ku siap kira setiap pergerakkannya dan bila dia menendang hehe )Yang paling seronok sekali bila dengar suara abang,terus kuat bergerak dan menendang...seolah2 macam nak ajak abinya join dia main2 sekali...sama perangai macam abangnya juga..opss..anakku ini boys ke?^_^ Tak apelah sayang,Boy ke girl ke...semuanya ummi sayaag..




it's 26 weeks already! Measuring your baby from top to toe with his legs extended, he is about 14 inches/ 35.6 centimetres. He weighs a little more than 1.6 pounds/ 760 grams. He also continues to take small breaths and although he's only breathing in water and not air, it's still good practice for when he's born. Your baby's eyes begin to open around now. Response to sound grows more consistent toward the end of the seventh month, when the network of nerves to the ear is complete. Since your baby is now growing so fast, and brain development is so intense at this stage, your nutrition is very important. Continue to eat a well-balanced diet that includes plenty of grains and vegetables. Fibre-rich foods, including whole-grain breads and cereals, lentils and brown rice are high in vitamin B and help fend off constipation.



~~>Alhamdulillah,duduk di bumi Mesir ni,tentang soal makanannya..eem tak de pertikaian.Selain murah,macam2 jenis makan,buah,sayur..semuanya fresh dan Murah..betul...memang murah.Maha Adilnya Allah jadikan tempat yang saya duduk sekarang ni,Mansurah(bandarnya tak berapa membangun berbanding Kaherah/Cairo-ibu kota Mesir),taraf hidup kat sini sesuai dengan kemampuan penduduknya..Subhanallah -_- (nanti2lah ku upload gambar,En Blog tak bagi ku upload sekarang,huhu )



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



(29/06 - 4/07/09 )

Hello Rohaini! 25 weeks pregnant
Your baby is responsive to touch now. You can have fun with him by trying to tickle his foot when he kicks you or by lying on your back and rolling from side to side, to see how he reacts. His eyelids open around now and his heart is beating so strongly, it may be heard with a stethoscope
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~>Sedar tak sedar,saya dah pun pregnant 25 minggu.Masa nilah perut makin membesar(saiz pinggang,saiz baju dah berlari2 tinggalkanku)Saya dah starting to gain weight dan makin ketara ketembamannya sejak masuk bulan ke 2 lagi (adakah tu tanda2 ku kuat makan?? hehe... Yess)



~~>Sebenarnya adik dah mula aktif sejak dari 3bulan lagi..Tapi semakin jelas keaktifannya bila mula bulan ke4.Jadi,dalam minggu ni adik makin aktif,lebih dari sebelumnya dan nampak lebih jelas terbonjol2 dari kulit perutku(yang berstrech mark ni)..hehe ape je lah yang dibuat si adik ni.Makin confius ummi,tau sayang.Bila dah masuk bulan ke 6 ni baby akan mula nak tunjuk macam2 skill.Adik pun sekarang dah pandai respon bila saya usap2nya sambil berbual atau bila geleteknya dengan kadar makimum..hehe..suka sangat tengok terbonjol2 dia gerak banyak2...macam geli lah tu ^_^..Adik,buatlah suka hati dalam tu,asalkan adik sihat yea..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


(22/06-28/06/09)



Hello Rohaini !
24weeks pregnant...


Your baby is still on the skinny side with no body fat but his brain is growing rapidly and he's starting to fill the space in your uterus. By now, you probably have a definite "pregnant" shape and the linea nigra, a dark line of pigmentation, may appear down the centre of your abdomen. Your baby's taste buds are also forming and, believe it or not, his sweet tooth. Could that explain your sudden craving for doughnuts? No one knows for sure but it's a good excuse, next time you find yourself visiting the bakery

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~>Kalau ikut fakta tu,eem ada juga betulnya...tak tau kenapa saya lebih rasa semua makanan yang dimasak tu manis dari masin,sampaikan saya takut nak mengagak masin atau manis(padahal tak lah saya rasa yang saya dah bubuh banyak gula).Jadi,abanglah yang akan jadi 'mangsa'MERASA..hehe. Saya sekarang lebih gemar nak mengudap jajan aka makanan ringan (coklat,gula2,keropok)dari makanan2 berat yang lain.Emm sebenarnya tak elok untuk baby dan saya juga,tapi..rasa nak makan tu lebih ke arah tu.Risau jugak takut2,boleh effect tekanan darah@gula dalam badan saya.Tapi masa abangnya dulupun macamni juga...eeem adakah tu tanda2nya.....

~~>Tentang saya pulak,dah tak sekuat dan segagah macam masa mengandungkan si abang dulu..dah tak boleh berdiri atau berjalan atau duduk lama sangat,kaki dan pinggang akan cepat sakit dan rasa tegang(ni effect sebab jatuh hari tu T_T...jadi janganlah anda jatuh).Saya hanya mampu berjalan perlahan dan kadang2 nampak macam penguin..huhu -_- Apapun,sekarang saya dah nampak macam 9bulan mengandung(amat tak larat untuk buat banyak keja)Abang yang banyak bantu dari segi uruskan rumah tangga kami (thanks abang ^_^...moga Allah berkati hidupmu)


~~>Tak apelah,saya rela berkorban apa saja(termasuk shape bodyku ini..huhu) demi untuk zuriat yang tersayang.Tak sabar nak tunggu next check up dalam minggu ni..Rindu ummi nak tengok adik,sayang ^_~

Thursday, July 9, 2009

Ku coming back.. ^_^

(nilah gambaran PC yang kena set up)


(Alhamdulillah...ku bersiaran dari rumah,Internet dan PC dah ok seperti biasa(tapi tak tau tahan berapa lama -_- )



Assalamualaikum w.b.t.




Aduhai...rindunya dengan blogku ini dan kawan2 blogger lain.Harap kawan2,pembaca tersayang semua sihat,ceria,gembira dan yang sengangkatan dengannya.Lama betul tak update entri terbaru,kisah2 terkiniku yang tak berapa sensasi.Saya yakin mesti ramai yang dok tanya2 dan saya kira2 beginilah yang kalian akan tanyakan(yang ku fikir sendiri apa yang kalian fikir)





"Dah lama tak de cerita terbaru.." ATAU






"Entri terbaru tak ade?.." ATAU




"Manelah ummuabdullahsyaakir/si Aini ni pegi?Dah lama tak update blog.." ATAU




"Exam dah habis,tapi tak update2 pun blognya.." TAK PUN YANG NI



"Rindunya dengan tuan blog ni...-ni ku yang reka2,tapi kalau betul...seronoknya....hehe




Barulah saya tau macamni perasaan,keadaaan kalau nak jadi blogger tegar.Susah sebenarnya.Bukan sebarangan yang betul2 boleh terjun kuak kupu2 dalam bidang blogger ni.Masa,idea,komitmen dalam berblog dan yang paling penting sumber multimedia(komputer,laptop,network)kena mantap.Kalau idea mencurah2 macam air tumpah tapi komputer rosak,line internet tak berapa bagus...huhu maunya jadi seperti diriku ini.. T_T




Selama tempoh tak boleh sign in ni banyak betul sebenarnya nak dicerita dan dikongsikan..tapi bila dah hari-hari try tak boleh2 jugak,lama2 ke'fed-up' an dan ke'boring'an(ku suka sangat nak rosakkan bahasa..hehe)bermaharalela dan apa lagi..terus jadik tak ada mood (yang asalnya berkobar2...-_- ) Hampir sebulan juga saya tak ke alam maya dengan sebenar2nya,padahal saya dah habis merempit dalam exam(bak kata kak Yong) sejak 11/6 haritu.




Mulanya,lepas je exam..dahlah tak boleh nak sign in -- huhu kenapalah En.Google tak bagi ku masuk rumah bloggku sendiri?..langsung tak boleh nak update blog,nak post komen kat blog kawan2 lagilah jauh panggang dari ayam panggang.Untuk minggu pertama bolehlah jugak ku jalan2 kat blog kawan2 sekadar menjerit2 kat shoutbox dan baca entri,tapi masuk minggu seterusnya langsung saya tak boleh nak berjalan2...eem line internet pulak mula buat hal.Dari sumber2 yang boleh dipercayai,Syarikat internet yang uruskan internet ku dan hampir 13line student Malaysia yang duduk area kawasanku ada masalah dan kena stop.Jadi terpaksalah guna syarikat lain..eem sekarang ni,syarikat dah baru,tapi internet tersangatlah slow..nak bukak yahoo mail pun amik masa 15minit,lagikan pulak nak surf macam2...huhu.
Dan beberapa hari kebelakangan ni pulak,komputer kami mula meragam lagi-kena setting banyak kali.Kalau pembaca nak tau,rumah yang kami duduk sekarang ni(dah hampir 2 tahun tau)purata letrik selalu putus dalam 5,6 kali dalam 1minggu.Tak tau kenapa macamtu.Jadi,setiap kali on kom,bila letrik off,kom terus shut down tiba2..bayangkan kalau 2tahun?Kata abang,kom ni sebab masalah hard disk.Kalau nak ok kenalah tukar,kan?





"Abang,syg rasa apa kata kita tukar jer hard disk ni?Lagipun abang kata hard disk je kan yang problem?"






"Eem,haah..memang hard disk je yang problem,tapi tak pelah..abang dah boleh kalau bab2 nak format balik kom ni.."





"Kan buang masa abang je nak selalu set up,kan?Lagipun dah selalu macamni.Hard disk pun baru bape ratus pun.."





"Daripada tukar hard disk ni,lagi baik beli benda lain.Kalau beli benda lain..makan2 ke,dah boleh kenyangkan abang,syg n adik.."






Huhu,ku terharu,sebenarnya..dalam beberapa bulan kebelakangan ni,kewangan abang tak berapa stabil.Puncanya,bil elektrik kami meloncat naik dari hanya beberapa puluh genih saja(matawang mesir) boleh jadi beratus2 (sampai 700).Bayangkan tinggal berdua,dengan barangan elektrik yang tak lah banyak mana,tapi tengok bil macamlah kami ada buat busines Dobi/Siber kafe.Kata abang,kalau tak kotak meter yang rosak,mungkin ada yang curi elektrik.Tapi sebelum ni tak pernah pun jadi.Ujian sungguh.Nak diikutkan,sekarang dah pun musim panas..kalau logik naik macamni masa musim sejuk bolehlah dipertimbangkan sebab kami guna Sakhanah aka pemanas air(kalau guna pemanas ni macam kita guna air cond,tinggi juga voltnya)
Kesian abang T_T...memang semua belanja dan keperluan rumah,abang yang tanggung.Dari sewa rumah,api,air,gas,belanja barangan keperluan semuanya abang yang kena settlekan.(Ku hanya stand by duit poket je kalau nak beli apa2 yang ku teringin)




Jadi,abang lebih rasa sikit perit berbanding saya.Jadi pada abang,untuk nak tukar hard disk ni tak temasuk dalam prioriti abang kalau nak dibandingkan dengan benda2 lain yang lebih penting.Tak kisahlah,kalau abang rasa tu yang terbaik,saya ikutkan saja ^_^





Sebab tulah kami masih lagi setia dengan komputer ni.Dan nak ke tak nak,saya kenalah korbankan sikit perasaan saya untuk tahan dan sabar kalau kom ni nak kena set up banyak kali atau bila kom ok network pulak buat hal.Ataupun,kalau tak settle2 jugak,pegi saje lah kat CC yang teramat banyak kat Mesir ni..huhu.





Oh yea..dah terlanjur ni,bercakap pasal CC pulak,bukannya saja2 tak nak pegi tapi serik yang teramat.Kalau terpaksa yang sangat2 (contoh macam baru2 ni )barulah ku akan ke CC.Bukannya saya ni cerewet..tapi dalam keadaan saya yang tengah mengandung ni membuatkan jadi makin serba tak selesa...ye lah kalau di rumah bolehlah sambil surf internet sambil baring2 dan minum2,makan2 ke.Ikut suka hati bila nak stop dan nak bukak balik PC.Tapi kalau di CC sangat tak tahan dengan bau asap rokok (punca utama yang ku tak suka sangat (FAKTA: effect ibu mengandung pada asap rokok jauh lagi teruk dari orang yang merokok sebab dengan asap rokok tu boleh bahayakan janin lagi2 kalau janin masih 1st trimester ).Nanti bila keluar je,mulalah tudung dan baju bau asap rokok...uweek (Alhamdulillah ku dapat suami yang bukan perokok...sayang abang ^_^ )





Sejak saya dah masuk bulan yang ke 4 lagi + jatuh hari tu..saya dah tak boleh nak duduk lama..pinggang saya rasa sakit dan nanti saya akan rasa dunia berputar2.Lagi nak menunggu network yang tak berapa bagus kat CC,kalau kat rumah dah macam2 keja saya boleh buat.Paling lama saya boleh cuma 2jam,lepas tu mulalah pandanganku berpinar2.




Nillah masalah yang saya hadapi sepanjang selepas exam baru2 ni..harap2 kawan2 dan pembaca ku sayang memahami daku ini.Tapi bila saya fikir2 balik,walau kat mana2 pun sekali,ujian,masalah sama ada kecik atau besar tetap akan datang selagi saya dan kita semua hidup.Apapun kenalah Redha apa yang dah ditetapkanNYA buat buat kita (walaupun hal yang kecik dan remeh).Moga saya dan kita semua tetap jadi HambaNYA yang bersyukur...Wahai diriku...Senyumlah..hehehe ^_^




P/s: ~Lepas ni bolehlah saya post entri dan berjalan2 di blog kawan2 dengan selesa.




~Abdullah anakku tercinta dah 11bulan usianya sekarang...eem banyak perkembangan
yang dah dicapai...alhmdulillah ^_^



~Adik Abdullah dah pun 26minggu+ sekarang...adik makin aktif meng'kung fu' umminya
ni ^_^

Tuesday, June 30, 2009

Ku Bersiaran dari....

Assalamu'alaikum wbt...

Salam sayang buat semua kawan2 blogger dan pembaca blogku ini.Ampun dan maaf dipinta sebab lama sangat tak update entri yang dah nak mula bersawang balik(mana pulak ku letak penyapu sawang tadi??) Sebenarnya saya meng'update'entri kat cyber cafe ni.Kebetulan ada beberapa perkara yang perlukan saya gunakan email,disamping tak tahan sangat menanggung rindu nak berblog balik(dekat 3minggu tak de kabar berita ku..ada yang perasan tak? -_-).Nak telefon family kat Msia,macam dah lewat sangat..jadi niat dihati ni naklah jalan2 kat blog kawan2 disamping baca2 sikit kabar tentang Msia kat Utusandan Harian metro online.

Untuk pengetahuan kawan2 dan pembaca semua,internet kat rumah dah dekat 1minggu langsung tak ada,beberapa minggu sebelum ni internet dan komputer kesayangan ku tak berapa nak elok sangat ditambah pula dengan ku yang langsung tak dapat nak sign in..siap membebel tak tentu hala pada En.Google.Nak update blog dan berbual mesra kat kotak komen langsung tak boleh...sangat2 menghampakan.Tapi,rupa2nya problem internet yang boleh buat masalah tak boleh sign in ni,barulah ku tau...huhu..sungguh cetek lagi ilmu IT ku ini T_T

Aduhaii....duduk kat CC ni buat saya jadi makin sakit pinggang dan tertekan.Sangat2 slow connection internetnya.Bayangkan 2jam duduk berharumkan asap rokok( tu sebab ku tak berapa suka sangat nak ke CC),cuma dapat bukak email dan baca tak sampai 10 blog saja.Nak baca paper online,langsung tak dapat.Maaf pada kawan2 blogger yang ku tak dapat nak post komen,CC ni guna Internet Explorer,jadi ada part2 yang tak boleh nak buka dan ada blog yang amik masa nak loading,jadi terpaksalah ku tangguh dulu nak membacanya.

Insya Allah,kalau ada kesempatan esok atau lusa saya akan ke CC lagi(tak mo dah masuk CC ni,huhu),dan jalan2 lagi kat blog kawan2 sekalian....

Salam Sayang semua,ku nak balik rumah dah....pinggang ku dah sakit...

Friday, June 5, 2009

~Kisah seorang Pakar~

(SANGAT TERHARU BILA MEMBACANYA .... )

Dato' Dr.Fadzillah Kamsah menulis ……..

Assalammualaikum. .....

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...


Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..


Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,

Kalau kamu seorang WANITA...



Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.......


Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak... Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak.... Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah


Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami , Nabi bersabda: berj***k dgn isteri itu pahala .., Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu awak si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgaMU ... namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU... kamilah hamba yang mengharap belas dariMU ....

"Ya Allah... jadikanlah kami hamba-hambaMU yang bertaqwa .. ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Masih lagi tips...

P/s:Kalau ada tips2 dibawah yang tak bersesuaian dengan kalian,boleh praktikkan mana2 yang lebih baik yea atau sekadar bacaan untuk tambahkan info ... just nak share ^_^


Jika anda terlalu dibebani dengan pekerjaan, mengejar masa ataupun menghadapi masalah, adalah amat penting untuk anda berehat bagi memulihkan semula tenaga dan kekuatan anda yang semakin berkurangan itu. Jika dibiarkan tekanan atau bebanan itu berlarutan, keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan anda.


Orang yang mendapat rehat yang secukupnya boleh berfungsi jauh lebih baik daripada mereka yang tidak berehat. Minda dan badan yang cergas bukan sahaja boleh membuatkan anda rasa sihat dan selesa malah boleh memberi anda tenaga untuk menjalankan tugasan harian.


Oleh itu, luangkan masa untuk berehat. Mulakan dengan memilih salah satu daripada 20 cara yang berikut:


- Membaca buku-buku yang berbentuk fiksyen serta buku-buku berunsur hiburan boleh menolong menenangkan fikiran.


- Mendengar lagu-lagu kegemaran anda. Biarkan muzik lunak yang berkumandang di sekeliling anda itu menjadi halwa telinga dan seterusnya membuatkan diri anda berasa tenang dan selesa.


- Menonton filem yang menarik di rumah ataupun pawagam, sama ada bersendirian atau berkumpulan boleh membantu




- Bersenam merupakan salah satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan contohnya berjoging atau berlari.



- Menari juga adalah kaedah bersenam. Anda tidak perlu menjadi Ricky Martin untuk melakukannya.


- Anda tidak perlu membeli-belah. Cukup sekadar menjamu mata menyaksikan barangan yang dipamerkan, ia boleh memuaskan hati.


- Bersiar-siar di taman sambil menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan alam semula jadi.


- Bersembahyang dan mendekati tuhan boleh memulihkan semangat dan memberikan ketenangan kepada anda.


- Menyertai chat di Internet untuk mendapatkan teman baru atau berbual dengan teman lama anda melalui telefon.


- Sesi gelak ketawa. Ajaklah teman-teman baik berkumpul untuk minum teh tarik misalnya, dan berkongsi kisah-kisah silam yang melucukan(jangan terlebih gelak pulak,nanti mulut susah nak tutup!)


- Menulis surat kepada teman anda yang tidak mempunyai kemudahan Internet atau kepada teman yang sudah lama tidak anda hubungi. Berkomunikasi secara ini mungkin boleh membantu anda meluahkan perasaan dengan lebih terperinci berbanding menggunakan kaedah percakapan.


- Menyimpan diari. Menulis dikatakan satu cara terapi bagi orang yang sukar mengatakan apa sebenar yang mereka fikirkan. Mencatatkan apa yang berlaku kepada diri anda bukan sahaja dapat membantu anda mengenali diri malah dapat juga memastikan apa yang tersirat di hati dan minda anda.


- Bermain dengan binatang peliharaan anda. Jika tidak mempunyai binatang peliharaan, inilah masanya untuk anda mendapatkannya. Anda boleh memilih sebarang haiwan untuk dijadikan peliharaan, contohnya kucing, ikan, arnab, ular atau apa sahaja yang menjadi kesukaan asalkan ia tidak menyusahkan orang lain!


- Percutian di destinasi tertentu dapat memberikan ketenangan di samping anda berpeluang memulihkan tenaga. Anda akan lebih bermotivasi untuk memulakan tugas sekembalinya daripada percutian.


- Bercucuk tanam sama ada sayur-sayuran, buah-buahan atau bunga-bungaan. Anda pasti merasakan satu kepuasan apabila melihat tanaman bercambah dan membuahkan hasil.


- Memancing. Carilah satu tempat yang sunyi untuk melakukan aktiviti ini. Sama ada berteman atau tidak, ia terpulang kepada anda. Anda boleh memancing di tepi sungai, di laut atau kolam-kolam menangkap ikan komer**** seperti yang terdapat di bandar-bandar besar. Tidak kira di mana anda dapat mencampakkan mata kail anda itu, pastikan ia tidak menyalahi undang-undang.


- Bermain dengan anak-anak. Anak adalah anugerah Tuhan dan kehadiran mereka mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak hanya untuk bekerja.


- Tidur yang mencukupi adalah amat mustahak. Badan yang letih akan dipulihkan pada waktu kita tidur. Tidur seketika (nap) pada waktu tengah hari dapat juga membantu, itupun sekiranya anda berpeluang berbuat demikian!


- Memastikan keadaan mental dan fizikal yang mantap adalah tanggungjawab anda.


Jika rehat diperlukan pastikan ia benar-benar berlaku. Jika anda rasakan gaya rambut yang baru, diurut atau mencantikkan kuku tangan dan kaki anda boleh menenangkan, lakukannya!

Sunday, May 31, 2009

Jangan jemu2 baca ye - info untuk diriku juga ^_^

Tips oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsah... semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya..


Tatacara makan & minum


Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.


Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.


Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.


Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)



Tatacara di bilik air :

Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar



Tatacara didik anak :

Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.


Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.


Tatacara didik diri sendiri :


Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari,continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.


Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Syukur...Terima kasih ^_^

Salam sayang semua ^_^...Alhamdulillah syukur pada Allah,atas doaku dan kalian juga...adik alhamdulilah tak de ape2.Semalam saya betul2 dapat rasa responnya lepas Maghrib(dalam pukul 830malam-mesir 130pagi-malaysia).Bayangkan macamna saya menahan risau yang amat sangat(Allah saja yang tau macamana jantung saya berdegup masa tu)bila baby yang sebelum ni aktif menendang(saya tau dia menendang walaupun betul2 real menendang)tiba2 diam dan perut pulak mengeras.Betul,saya betul2 risau dan sedih sangat semalam-(sampaikan menggugat examku..huhu)Menyesal yang tak sudah sebab cuai sangat(ku tak kan maafkan diriku kalau apa2 yang jadi pada adik semalam T_T)Terima kasih yang sama2 rasa kerisauan saya dan doakan saya(boleh puIak teringat nak post entri minta doakan,padahal exam lagi berapa jam dah tu!)insya Allah nanti saya updatekan entri check up dan gambar terbaru si adik yang dah macam2 act dan alhamdulillah adik dah 21weeks(5bulan+) ^_^

Sekali lagi terima kasih sama2 mendoakan yea-maaf ku tak sempat nak membalas komen2 kalian,jadi ku cover semuanye untuk penghargaan dan betapa terharunya daku disini:

Nur Azila Yahaya
¥ α Ŋ α Đ z µ £
Awan biru
nurani
MaMaQaYPo FaMiLy
suealeen
BAYT AMZAR
Yan
Hayatie
Ummi Salsabila
Hafiz & Mawaddah
MatAhaRiKu
mmk @shida
Mrs. Adz
PadNani~~{@
Jiey^Mien
linsharlina@ummi Balqis (email)
ummu Huraiyah(Husna)

P/s: Ku ulangi lagi..tak kira

1) Ada 3 lagi exam yang menunggu.Tak sabar nak cepat habis exam dan cepat balik ^_^

2)Tak sabar nak round blog kawan2 dan cover baca entri2 korang semua..

3)Sementara ku dok 'rempit' dengan examku,ku akan tinggalkan entri2 untuk meng'cover'
kebosanan kalian bila ku tak menge'post' entri terbaru ye ~_^